Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Improving Food Analysis Services in the country

‚Äč

SESI DIALOG BERSAMA PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN

PERKHIDMATAN ANALISIS MAKANAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

Sebagai usaha dalam mempertingkatkan dan memantapkan kualiti pemberian perkhidmatan serta meningkatkan tahap pengalaman pelanggan (enhancing customer experience), satu sesi dialog bersama pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) bagi perkhidmatan analisis makanan-makanan di Negara Brunei Darussalam telah diadakan pada hari Selasa, 7 Mac 2017 di Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam.

 

Sesi dialog tersebut dihadiri oleh lebih kurang 60 orang yang terdiri dari pengguna-pengguna perkhidmatan analisis makanan termasuk dari pihak swasta dan persendirian dari sektor industri makanan. Sesi dialog tersebut dimudahcara bersama oleh Yang Mulia Hajah Zainon bin Haji Md Taha, Ketua Perkidmatan Makmal Kementerian Kesihatan dan Yang Mulia Hajah Rahimah binti Haji Hanafi, Ketua Pegawai Saintifik, Perkhidmatan Makmal Kementerian Kesihatan.

 

Antara objektif sesi dialog ini diadakan adalah bagi membincangkan idea, bertukar-tukar pendapat, disamping berkongsi pengalaman dalam sama-sama menghasilkan cadangan penyelesaian kepada penambahbaikkan serta pembaharuan perkhidmatan analisis makanan. Semua dapatan dialog ini akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan tindakan-tindakan strategik semata-mata bagi menyediakan satu perkhidmatan analisis makanan yang lebih efisyen dan optima demi mendokong pembangunan industri makanan negara khususnya dalam aspek keselamatan (safety) dan kualiti makanan.

 

Kepentingan kerjasama yang diperolehi dari sesi dialog ini diharapkan akan dapat diteruskan  di masa akan datang dalam sama-sama mengutarakan isu penjagaan keselamatan makanan secara permuzakarahan hingga perlaksanaan apa jua cadangan-cadangan strategik yang telah diutarakan. Dengan demikian, ianya akan dapat memperkukuhkan lagi usaha penjagaan kesihatan di Negara ini bersama semua pihak berkepentingan (stakeholders), selaras dengan salah satu keutamaan strategik Kementerian Kesihatan iaitu menerapkan bahawa kesihatan adalah tanggungjawab semua (health is everyone's business); disamping memberikan  komiten sepenuhnya dalam menjaga dan meningkatkan lagi kualiti kesihatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di Negara ini.

 

 

-T A M A T-

 

Rujukan              : KK/PR 4/1

Tarikh                : 9 Jamadilakhir 1438 / 9 Mac 2017

Attachments