Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Timing for Dental Services during upcoming school holiday

WAKTU PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN PERGIGIAN KESIHATAN MULUT ASASI BAGI PESAKIT KANAK-KANAK SEMASA CUTI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN 2017

 

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa waktu Perkhidmatan Pergigian Bagi Pesakit Kanak-Kanak semasa cuti persekolahan adalah seperti berikut:

 

PERKHIDMATAN PERGIGIAN
​ ​
​Tarikh​Tempat Pendaftaran
​Waktu Pendaftaran (Perkhidmatan Bagi Pesakit Kanak-Kanak)

18 Jamadilakhir hingga 4 Rejab 1438H bersamaan 17 Mac hingga

1 April 2017M (kecuali hari Jumaat dan Ahad).

Tingkat 1, Block A,

Pusat Pergigian Negara

Lapangan Terbang Lama, Berakas

7.45 pagi hingga 10.00 pagi

1.30 petang hingga 3.00 petang

 

Bagi pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan lanjut, mereka dinasihatkan untuk menyambung atau meneruskan rawatan di klinik-klinik Pergigian mengikut tadahan yang telah ditetapkan.

 

Pada musim cuti persekolahan ini juga, Perkhidmatan Pergigian di Pusat-Pusat Kesihatan dan Klinik-klinik Kesihatan bahagian kanak-kanak adalah dibuka seperti biasa.

-TAMAT-

 

Rujukan           : KK/PR/3

Tarikh             : 15 Mac 2017 / 16 Jamadilakhir 1438

Attachments