Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

MOH implements Ops 'Merati' at business premises

PRESS INFO

KEMENTERIAN KESIHATAN MELAKSANAKAN

OPERASI 'MERATI' DI PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN

 

Bandar Seri Begawan, 29 Jamadilawal 1442H / 13 Januari 2021 – Kementerian Kesihatan melalui Unit Penguatkuasaan Kesihatan telah menjalankan beberapa sesi Operasi "Merati" dari 04 Januari 2021 hingga 10 Januari 2021 di premis-premis perniagaan di Daerah Brunei Muara, Daerah Belait dan Daerah Tutong.

 

Operasi Merati ini dijalankan di premis-premis perniagaan di kawasan-kawasan seperti berikut:

 

Daerah Brunei Muara
  • Kawasan Kiulap
  • Bengkurong Masin
  • Batu Satu
  • Mata-Mata
Daerah Belait
  • Kampong Lumut
Daerah Tutong
  • Kampong Panchor Dulit

 

Operasi Merati ini melibatkan pegawai-pegawai penguatkuasaan kesihatan dari Unit Penguatkuasaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan. Sebanyak 56 premis perniagaan telah diperiksa. Hasil dari operasi yang telah dijalankan mendapati bahawa 7 premis perniagaan tidak mematuhi arahan-arahan yang telah dikeluarkan dan telah dikenakan denda kompaun keseluruhannya sebanyak $1450.

 

Antara kesalahan-kesalahan yang dikenakan denda kompaun adalah seperti berikut:-

 

  1. Premis-premis berkenaan tidak memakai sungkup muka (face mask) bagi pengendali dan penyedia makanan. Manakala, kakitangan di premis-premis tukang gunting rambut dan premis-premis Establismen kecantikan dan kesihatan juga didapati tidak memakai sungkup muka (face mask); dan
  2. Tiada Kod QR Bruhealth.

 

Kementerian Kesihatan ingin menekankan dan mengingatkan orang ramai, terutama sekali bagi para pengurus dan kakitangan premis-premis perniagaan untuk mematuhi arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan lainnya. Pengurus perniagaan hendaklah:

 

  1. Memastikan pengendali, penyelia makanan dan kakitangan mereka memakai sungkup muka (face mask).
  2. Melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing dan membudayakan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 di premis perniagaan masing-masing.
  3. Mendapatkan kod QR BruHealth yang khusus bagi premis-premis mereka dan mencetak kod QR dan dilekatkan di kawasan yang mudah diimbas oleh pelanggan.
  4. Menggunakan Aplikasi Premise Scan bagi memudahkan pelanggan-pelanggan yang tidak menggunakan Aplikasi BruHealth di telefon bimbit mereka.
  5. Mengamalkan langkah-langkah kebersihan di dalam premis perniagaan dan terutama sekali bagi premis makanan diingatkan untuk mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan jika menyediakan makanan secara buffet.

 

Sebarang aduan atau laporan mengenai premis-premis perniagaan yang tidak mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan, orang ramai boleh membuat aduan dengan menghantar e-mel kepada health.enforcement@moh.gov.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 

-TAMAT-

 

Rujukan           : KK/PR/1

Tarikh             : 29 Jamadilawal 1442H / 13 Januari 2021


Attachments