Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Centralised Food Analysis & Sample Receiving

​PENYEPADUAN MAKMAL-MAKMAL MAKANAN KERAJAAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Bermula 1 April 2017, Makmal-Makmal Makanan Kerajaan di Negara Brunei Darussalam akan disatukan di bawah Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan. Makmal-Makmal yang terlibat adalah seperti berikut:-


Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri: 

  1. Pusat Sains Halal dan Metrologi Bahagian Pembangunan Industri Global Halal 

- Makmal Sains Halal

- Makmal Standard Sukatan 


Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan: 

  1. Bahagian Industri Agrimakanan 

- Unit Perkhidmatan Makmal Mikrobiologi Agrimakanan 

- Unit Perkhidmatan Makmal Kimia Agrimakanan 


       2. Bahagian Keselamatan Agrimakanan 

- Makmal Mikrobiologi 

- Makmal Kimia 

- Makmal Racun Kimia 


Kementerian Kesihatan:

  1. Bahagian Keselamatan Makanan, Perkhidmatan Makmal Saintifik, Perkhidmatan Makmal 
  2. Bahagian Mikrobiologi, Perkhidmatan Makmal Saintifik, Perkhidmatan Makmal


Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan analisis makanan hendaklah menghantar sampel ke Perkhidmatan Makmal Saintifik, Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan, BB3910, Negara Brunei Darussalam. 


Waktu penerimaan dan pembayaran sampel di kaunter adalah pada setiap Hari Isnin hingga hari Khamis pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 1.45 petang hingga 3.00 petang. Pada Hari Sabtu, waktu pemerimaan dan pembayaran adalah pada pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi.


Inisiatif penyepaduan makmal-makmal makanan ini adalah bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan analisis makanan yang berpusat di satu tempat (centralised). Di samping itu juga adalah untuk memantapkan kualiti perkhidmatan yang terdapat pada ketiga-tiga Kementerian yang dinyatakan di atas melalui langkah penyepaduan serta pengukuhan perkhidmatan, kepakaran penganalisa makanan, kemudahan dan infrastruktur yang sedia ada, serta mengurangkan pembaziran (wastages). Inisiatif ini juga bertujuan membantu dan mendokong pembangunan industri makanan di Negara Brunei Darussalam. 


Dua sesi taklimat bersama pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) bagi memberigakan penyepaduan makmal-makamal makanan ini serta tatacara penggunaan perkhidmatan telah diadakan di Kementerian Kesihatan pada hari Selasa, 7 Mac 2017 dan Khamis, 30 Mac 2017 yang lalu. Sesi-sesi taklimat ini yang dikendalikan secara bersama oleh Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; dan Kementerian Kesihatan telah dihadiri oleh lebih kurang 90 orang yang terdiri daripada pengguna-pengguna perkhidmatan analisis makanan dari pihak Kerajaan serta dari pihak swasta dan persendirian dari sektor industri makanan. 


Sesi-sesi taklimat ini diharapkan akan dapat meningkatkan kefahaman dan memudahkan lagi semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) untuk mendapatkan perkhidmatan analisis makanan yang berpusat (centralised) ini, disamping mengutarakan kepentingan isu-isu penjagaan keselamatan makanan di setiap peringkat. Dengan demikian, ianya akan dapat memperkukuhkan lagi usaha penjagaan kesihatan di Negara ini bersama semua pihak berkepentingan, selaras dengan salah satu keutamaan strategik Kementerian Kesihatan iaitu menerapkan bahawa kesihatan adalah tanggungjawab semua (health is everyone's business).


Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai penyepaduan tersebut, orang ramai bolehlah menghubungi talian 2382424 ext 7744/7745/7737 atau melayari laman web Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. Orang ramai juga boleh menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang pertanyaan yang berkaitan. 


-T A M A T-


Rujukan : KK/PR/4 Tarikh : 1 April 2017


Click here for infographic



Attachments