Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Khatam Al-Quran and donations presentation to orphans and underprivileged staff members hosted by Dental Services, MoH

Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini, Perkhidmatan Pergigian Kementerian Kesihatan mengadakan satu Majlis Khatam Al-Quran pada petang hari Rabu, 19 Ramadhan 1438 bersamaan dengan 14 Jun 2017 bertempat di Masjid Ash-Shaliheen, Jalan Kumbang Pasang, Negara Brunei Darussalam. Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti keugamaan tahunan yang dianjurkan oleh Perkhidmatan Pergigian di bulan Ramadhan.

 

Seramai 40 orang daripada para pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan telah menyertai majlis khatam tersebut. Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh para peserta khatam yang diketuai oleh Yang Mulia Dr. Haji Mohin bin Haji Momin, Pakar Bersekutu Pergigian dan seterusnya disusuli dengan bacaan Takhtim yang diketuai oleh Yang Mulia Siti Munawwarah @ Maisarah Binti Haji Lakim, Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Manakala Bacaan Doa khatam Al-Quran diketuai oleh Yang Mulia Muhammad Zulnazrin Bin Haji Samari, Juruteknik Pergigian. Majlis seterusnya diikuti dengan Dikir Marhaban beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Haji Malik Faisal Bin Haji Othman, Mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).  Majlis pada petang ini juga turut diserikan dengan meraikan pengislaman saudara baru warga Perkhidmatan Pergigian iaitu Yang Mulia Dayang Nur Arisa Humaira Abdullah Osik.

 

Acara kemudiannya diikuti dengan penyampaian sijil kepada para peserta dan diikuti dengan penyampaian derma kepada tiga orang anak yatim dari warga Perkhidmatan Pergigian dan lima orang yang berhak menerima bantuan kewangan serta derma Khairat bagi pegawai dan kakitangan di Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Awang Hazri bin Haji Kifle, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar) Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Hajah Maslina binti Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Fungsi serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.


-TAMAT-

 

Tarikh             : 19 Ramadhan 1438 / 14 Jun 2017

Rujukan          : KK/PR/3/1    

Attachments