Sign In
Manage PermissionsManage Permissions

Ministry holds Khatam AL-Quran ceremony, 1438H

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DAN KHATAM AL-QURAN KEMENTERIAN KESIHATAN BAGI TAHUN1438H/2017M

 

Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Nuzul Al-Quran 1438H/ 2017M bagi pegawai dan kakitangan dibawahnya pada hari ini, Sabtu, 22 Ramadhan 1438 bersamaan dengan 17 Jun 2017 bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan seterusnya disusuli dengan bacaan Takhtim beramai-beramai oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan. Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Kamis bin Haji Damit, Pegawai Pelajaran Ugama, Kementerian Kesihatan, diikuti dengan Doa Khatam oleh Yang Mulia Ustaz Haji Idris bin Haji Abd Rashid, Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.


Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban beramai-ramai serta bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis Khatam Al-Quran ini menandakan berakhirnya pembacaan Al-Quran 30 Juzuk dari warga Kementerian Kesihatan. 

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Ketua-Ketua Fungsi serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

-TAMAT-

 

 

Tarikh              : 22 Ramadhan 1438 / 17 Jun 2017

Rujukan                        : KK/PR/3/1      

Attachments