Sign In
Health Messages




KEGIATAN FIZIKAL
Faedah Daripada Kegiatan Fizikal:
  • Mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis, dan tekanan darah tinggi
  • Mengawal berat badan
  • Mengawal tahap kolesterol
  • Mencegah kerapuhan tulang dan menguatkan otot.
  • Meningkatkan tahap tenaga dan mengawal stres.


KESIHATAN WANITA
  • ​Lakukan pemeriksaan sendiri buah dada setiap bulan pada hari ke 7 - 10 selepas datang haid atau pada tarikh yang sama setiap bulan.
  • Bagi wanita yang umur 20 - 60 tahun dan pernah melakukan hubungan seks, lakukan ujian pap smear setiap 3 tahun.
"Kesihatan Wanita Kesejahteraan Keluarga"


​KESELAMATAN MAKANAN
AWDA BOLEH MENCEGAH KUMAN DARI MECEMARI MAKANAN DENGAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI:

Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih

  • Sebelum menyediahkan makanan
  • Selepas membuang sampah
  • Selepas menggunakan tandas
  • Selepas menukar lampin anak awda


KESIHATAN ORAL
​Memberus gigi dan memflos
  • Berus gigi secara berkesan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas sarapan pagi dan sebelum tidur
  • Memflos gigi secara betul untuk mencegah bakteria membiak di celah-celah gigi dan dipinggir gusi untuk megelakkan kerosakan gigi dan penyakit gusi.
  • Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluoride kerana ianya boleh mengurangkan kerosakan gigi.
  • Apabila memberus gigi anak awda gunakan ubat gigi sebesar biji kacang 'pea' sehaja.
  • Ibubapa hendaklah mengawal anak-anak di bawah umur 7 tahun untuk mempastikan mereka memberus gigi dengan betul.