Sign In
NORETHISTERONE PIL 5mg
Menahan Darah Haid Semasa Mengerjakan Haji. 
  • Penggunaan ubat ini dengan betul.
    • Pil Norethisterone (Primolut-N) hendaklah dimakan muali hari ke-5 kedatangan haid, atau 7-10 hari sebelum anggaran tarikh datang haid yang akan datang, atau seperti yang diarahkan oleh doctor awda.
    • Dayang hendaklah makan sebiji pil, tiga kali sehari semasa makan hingga dayang kembali ke Negara Brunei Darussalam.
    • Darah haid akan bermula beberapa hari selepas berhenti memakan ubat.
    • Jangan makan pil Norethisterone (Primolut-N) jika dayang mengandung.
    • Ibu–ibu yang menggunakan pil perancang keluarga hendaklah meneruskan makan pil perancang mereka hingga mereka kembali ke Negara Brunei Darussalam. (Mereka ini tidak perlu memakan pil Norethisterone)
       
  • Sebelum menggunakan ubat ini :
    Maklumkan doctor dan ahli kimia ubat jika dayang:
    • Mengandung.
    • Alergi atau alahan kepada sebarang ubat.
    • Masih memakan apa jua jenis ubat-ubatan yang lain seperti rifampicin, magnesium trisilicate dan antacids yang lain.
    • Terdapat masalah perubatan yang lain.
       


Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam
Pharmacy Department, Ministry of Health, Brunei Darussalam