Sign In

TABUNG AMAL BANTUAN PESAKIT (TABP)


TABP merupakan sebuah tabung di bawah pengendalian Perkhidmatan Kebajikan Perubatan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kementerian Kesihatan. Ianya telah dilancarkan pada 30hb Mac 2007.

 

Sebagai ahli Profesional Kesihatan Bersekutu, Perkhidmatan Kebajikan Perubatan berperanan untuk mengendali kes-kes pesakit yang dikenalpasti mengalami masalah sosioekonomi dan psikososial yang menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Terdapat dua perspektif kepada punca timbulnya sesuatu masalah, iaitu pertama, masalah kesihatan yang disebabkan oleh masalah sosial, atau kedua, masalah sosial yang disebabkan oleh masalah kesihatan.

 

Objektif utama TABP adalah:

  1. Membantu pesakit / keluarga untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dan berusaha mencari jalan penyelesaian masalah tersebut berasaskan keupayaan / potensi yang ada pada diri pesakit dan keluarga itu sendiri atau menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran.
  2. Membantu mengembalikan fungsi sosial sebaik mana yang mungkin agar pesakit akan dapat kembali ke dalam masyarakat sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit dihidapi.
  3. Membantu meringankan bebanan pesakit-pesakit yang berpenghidupan susah dan tidak berkemampuan untuk memenuhi keperluan asasi mereka sekeluarga. Ini adalah bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan mereka sekeluarga dan bagi memastikan pemedulian kesihatan secara menyeluruh (holistic care).

 

TABP boleh digunakan untuk membantu pesakit-pesakit yang berdaftar di bawah Perkhidmatan Kebajikan Perubatan seluruh daerah, tidak mengira status kerakyatan, bangsa dan ugama. Di antara penggunaan TABP adalah seperti pembelian makanan asasi, lampin pakai buang, susu yang berkhasiat, susu formula, peralatan kebersihan, peralatan perubatan untuk kegunaan di rumah dan lain-lain. 



P1020324.JPGP1020326.JPGDSC_2936.JPG