Sign In

Larangan di Tempat-Tempat Tertentu


Pemberitahuan Tembakau (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu) (Pindaan), 2012.

  • Peraturan yang menyenaraikan tempat-tempat dan kenderaan tertentu di mana merokok/vaping adalah ditegah menurut undang-undang.

  • Ini adalah pindaan dari peraturan asalnya iaitu “Pemberitahuan Tembakau (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu), 2007".

  • Pindaan-pindaan yang dibuat ke atas "Pemberitahuan Tembakau (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu), 2007 termasuklah;

    1. Menjadikan kakilima bangunan dan kawasan dalam lingkungan 6 meter (kira-kira 20 kaki) dari garisan keliling bangunan sebagai tempat yang dilarang merokok/vaping;

      [Perhatian: Jika sesuatu bangunan itu terletak dalam premis yang disenaraikan sebagai tempat larangan merokok/vaping, maka larangan merokok adalah meliputi mana-mana kawasan dalam premis tersebut termasuklah kawasan melebihi atau di luar dari lingkungan 6 meter dari garisan keliling bangunan tersebut. “Premis” bermaksud bangunan (sementara atau kekal) dan mana-mana tanah bersebelahan yang digunakan berhubung dengannya, dan termasuk sesebuah kenderaan.



    2. Senarai tempat-tempat larangan merokok/vaping dalam Jadual Pertama digantikan dengan senarai baru.


Pindaan ini mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2012 dan masih berkuatkuasa hingga sekarang.

Pemberitahuan Tembakau (Pindaan), 2012 
Muat turun 
di sini
Senarai Tempat dan Kenderaan Larangan Merokok dan Vaping 
Muat turun 
di sini


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Peraturan sebelum pindaan ialah;

Pemberitahuan Tembakau (Larangan di Tempat-Tempat Tertentu), 2007.

 

Tarikh dikuatkuasakan:     1 Jun 2008 hingga 28 Feb 2012

Pemberitahuan Tembakau 2007 
Muat turun 
di sini