Sign In
main logo.png
CYC-WALK 2018
SEMPENA MEMPERINGATI 20 TAHUN PERKHIDMATAN HOSPITAL PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, TUTONG
ANJURAN HOSPITAL PMMPMHAMB, TUTONG 2018


1. PENDAHULUAN

  • ‘Cyc-Walk’ adalah gabungan perkataan ‘cycle’ dan juga ‘walk’ yang akan menjadi kemuncak utama acara ulangtahun ke 20 tahun hospital ini nanti, disamping aktiviti-aktiviti sampingan lainnya.
  • Acara berbasikal seumpamanya adalah anjuran kali kedua diadakan – iaitu sejak tahun 2016, akan tetapi gabungan acara berbasikal dan berjalan kaki ini adalah buat julung kalinya diadakan oleh Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Acara ini akan dilaksanakan bersempena memperingati sambutan ulang tahun ke-20 pembukaan rasmi perkhidmatan Hospital yang mula beroperasi pada 11 Ogos 1998. Acara ini juga menyokong Visi Kementerian Kesihatan dan Pusat Promosi Kesihatan iaitu “Bersama Ke Arah Warga Sihat”. Acara ini dicadangkan untuk diadakan pada 28 Oktober 2018.
  • Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah mengambil insiatif dengan melaksanakan program riadah iaitu ekspedisi berbasikal dan juga berjalan kaki. Ini mendokong taraf kesihatan negara yang bergantung kepada komitmen yang diberikan oleh setiap penduduk terhadap program dan aktiviti gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka. Justeru itu, pelbagai dasar kesihatan dan sukan telah diwartakan demi mencapai tahap pembangunan yang seimbang dalam negara kita. Beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Brunei (MOH), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan giat merancang dan melaksanakan program-program kesejahteraan rakyat.

2. TEMA

  • Beriadah untuk Kesihatan.

3. MATLAMAT

  • Melahirkan warga yang aktif dalam aktiviti sukan dan memupuk semangat cintakan kesihatan.

4. OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:
  • Mengeratkan perpaduan, silaturrahim dan persaudaraan.
  • Melahirkan warga yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan.
  • Memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri.
  • Bersukan sambil beriadah.
  •  Membantu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan berkebajikan.
  • Mengadakan kutipan bagi mengumpul tabung amal bantuan pesakit untuk membantu pesakit-pesakit yang berdaftar di Bahagian Kebajikan Perubatan dan juga untuk menaiktaraf Surau As-Salam hospital ini.

5. TARIKH DAN TEMPAT

Diadakan pada 28 Oktober 2018. Ekspedisi bermula dan berakhir di Hospital PMMPMHAMB, Tutong dengan jarak tidak lebih 12 km. Manakala aktiviti berjalan kaki dianggarkan sejauh tidak lebih 5 km.

6. PROGRAM

Aktiviti akan bermula dari jam 7:00 pagi. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam aktiviti Cyc-Walk 2018 adalah:-
  • Taklimat ringkas keselamatan.
  • Pemanasan badan 15 minit.
  • A. Aktiviti berbasikal dianggarkan sejauh tidak lebih 12 km. Kelajuan 20-25km/hr. 
  • B. Aktiviti berjalan kaki dianggarkan sejauh tidak lebih 5 km. Kelajuan 4.5km/hr.
  • Tabung Kebajikan Perubatan dan Tabung Derma bagi menaiktaraf Surau As-Salam Hospital PMMPMHAMB, Tutong disamping kad kutipan yang diedarkan kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.
  • Hadiah Cabutan Bertuah.
  • Hadiah kanak-kanak aktif*
  • Hadiah warga emas aktif*
(* tertakluk kepada penyertaan)

7. PENDAFTARAN EKSPEDISI BERBASIKAL

  • Acara Cyc-Walk 2018 ini dibukakan penyertaannya kepada semua rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam serta warga negara asing yang memegang kad pintar berwarna ungu dan hijau yang bekerja dan bermastautin di negara ini.
  • Semua Pendaftaran dikenakan bayaran sebanyak $15.00 dan setiap Pendaftaran yang dilengkapi dengan pembayaran akan mendapat sehelai baju ‘T’ dan sehelai bib yang akan digunakan semasa hari Cyc-Walk 2018 diadakan, dan berkelayakan bagi undian cabutan tiket bertuah.
  • Pendaftaran Cyc-Walk 2018 akan mula dibukakan pada awal 1 September hingga 2 Oktober 2018 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang. 
  • Borang penyertaan boleh didapati dan diperolehi di Hospital PMMPMHAMB Tutong, Kaunter Penyambut Tetamu Kementerian Kesihatan, Hospital RIPAS Bandar Seri Begawan, Hospital SSB Kuala Belait, Hospital PIHM Temburong dan Kedai-Kedai basikal diseluruh negara atau melalui memuat turun borang di bawah.
  • Borang Penyertaan dan Pembayaran pendaftaran yang lengkap mestilah dihantar/dikembalikan tidak lewat pada 02 Oktober 2018 kepada Urusetia Cyc-Walk 2018 Sempena Ulang Tahun Ke-20 di Tingkat 1, Bahagian Pentadbiran, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong pada waktu dan hari bekerja sahaja.

8. BAJU ‘T’ DAN BIB UNTUK ACARA CYC-WALK 2018

baju.png


bib.png

9. BORANG PENYERTAAN





Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, 
boleh menghubungi Urusetia Cyc-Walk 2018 Sempena Ulang Tahun Ke-20 Perkhidmatan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di talian 4260721 sambungan 503/504/530
color logo.png
20.png