-
MAKLUMAT MENGENAI ACARA
|
Nama
Acara |
: |
Karnival
Amal Untuk Tabung Bantuan Kebajikan
Kesihatan |
|
Tarikh |
: |
Ahad, 6hb
Jun 2010 |
|
Tempat |
: |
Stadium
Negara Hassanal Bolkiah, Berakas |
|
Acara
Dibukakan Kepada |
: |
Orang
ramai |
-
PROGRAM ACARA
|
Majlis
Pelancaran |
: |
Jam 8
hingga 10.30 pagi |
|
Aktiviti |
: |
Dimulakan jam 8 pagi hingga 8 malam |
-
MAKLUMAT MENGENAI
MAJLIS PELANCARAN
|
Nama |
: |
Majlis
Pelancaran Derma Melalui Short
Message Service (SMS) |
|
Tetamu
Kehormat |
: |
Yang
Amat Mulia Pengiran Anak Khairul
Khalil Bin Pengiran Hj Syed Jafari |
-
ATURCARA MAJLIS
PELANCARAN
|
8.00 |
: |
Kehadiran para ahli jawatankuasa dan
sukarelawan |
|
8.30 |
: |
Kehadiran para jemputan khas |
|
9.00 |
: |
Kehadiran Tetamu Kehormat Majlis |
|
|
|
Bacaan doa |
|
|
|
Ucapan aluan pengerusi majlis |
|
|
|
Ucapan Tetamu Kehormat |
|
|
|
Pelancaran pengutipan derma melalui
SMS |
|
|
|
Penyampaian sijil penghargaan kepada
para penyumbang |
|
|
|
Penyampaian cenderahati kepada
Tetamu Kehormat |
|
|
|
Menyaksikan pameran dan aktiviti |
-
ATURCARA AKTIVITI
DAN PERMAINAN
Sila rujuk lampiran
-
MATLAMAT DAN
TUJUAN MENGADAKAN KARNIVAL
Tujuan karnival amal ini diadakan adalah
untuk menarik perhatian orang-orang awam di
dalam sama-sama membantu pihak Kementerian
Kesihatan memastikan pemberian perkhidmatan
yang holistik demi mencapai tahap kesihatan
yang optima.
Objektif-objektif untuk mengadakan hari
pengutipan dana ini adalah seperti berikut:
-
Untuk
meningkatkan kesedaran/kefahaman
masyarakat tentang hubungkait masalah
kesihatan dan isu-isu sosial.
-
Untuk mempromosi
dan menggalakkan penglibatan pihak
masyarakat tempatan bagi sama-sama
membantu menangani isu-isu sosial yang
berkaitan dengan masalah perubatan /
kesihatan.
-
Untuk memupuk
semangat setia kawan di kalangan Health
Care Professionals di dalam sama-sama
memeduli keperluan sosial para pesakit
bagi membantu mencapai Visi Kementerian
Kesihatan, “Bersama Ke Arah Warga Sihat”.
-
Untuk memberikan
peluang kepada orang ramai untuk
memberikan sumbangan ke Tabung Bantuan
Kebajikan Kesihatan, Kementerian
Kesihatan.
-
Untuk
meningkatkan kesedaran di kalangan orang
ramai tentang wujudnya Tabung Bantuan
Kebajikan Kesihatan, Kementerian
Kesihatan.
-
MAKLUMAT TENTANG
PERKHIDMATAN KEBAJIKAN PERUBATAN
Perkhidmatan Kebajikan Perubatan merupakan
salah satu anggota Allied Health
Professionals yang berperanan untuk
mengendalikan isu-isu berkaitan masalah
kesihatan dan sosial. Hubungkait isu-isu
sosial dan masalah kesihatan boleh difahami
dari dua konsep iaitu, pertama, masalah
kesihatan boleh timbul kerana mengalami
masalah sosial, sebagai contoh kemiskinan
yang mengakibatkan masalah kurang berat
badan dan pertumbuhan yang sihat (failure to
thrive) di kalangan kanak-kanak. Kedua,
masalah sosial boleh terjadi kerana
menghidap sesuatu penyakit, misalnya
seseorang pesakit yang kehilangan mata
pencarian kerana diberhentikan dari
perkhidmatannya akibat mengalami masalah
kesihatan seperti strok atau penyakit buah
pinggang. Di masa yang sama, terdapatnya
masalah sosial yang dialami oleh pesakit dan
keluarga yang menjejaskan proses perawatan
pesakit. Sebagai contoh, masalah ketiadaan
wang untuk menampungi kos pengangkutan untuk
pergi ke hospital.
-
MAKLUMAT TENTANG
TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN KESIHATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN
Sebagai usaha untuk sama-sama membantu
menangani masalah isu sosial yang berkait
dengan masalah kesihatan, Tabung Bantuan
Kebajikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
telah ditubuhkan dan dilancarkan oleh Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato Seri Setia Haji Suyoi Bin Hj Osman pada
30hb Mac 2007. Tujuan utama tabung ini
ditubuhkan adalah bagi membantu meringankan
bebanan para pesakit dan keluarga ke arah
meningkatkan kualiti kehidupan dalam
memastikan pemedulian kesihatan secara
menyeluruh (Holistic Care).
Matlamat tabung adalah seperti berikut:
-
Meningkatkan
penglibatan warga Kementerian Kesihatan
di dalam usaha-usaha kebajikan.
-
Mengujudkan
kesedaran di kalangan masyarakat di
dalam sama-sama membantu mereka yang
memerlukan bantuan.
-
Derma diberikan
untuk membantu menampung keperluan
pesakit secara sementara sehingga
permohonan bantuan dari agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan yang
berkenaan, seperti Jabatan Pembangunan
Masyarakat, Majlis Ugama Islam dan
Yayasan Sultan Haji Hasssanal Bolkiah,
diperolehi.
Kriteria penerima
sumbangan dari Tabung Bantuan Kebajikan
Kesihatan pula adalah seperti di bawah:
-
Penerima
merupakan pesakit-pesakit dan keluarga
yang dirujuk oleh pihak perubatan/kesihatan
ke Bahagian Kebajikan Perubatan. Ini
tertakluk kepada penilaian dan sokongan
Pegawai Kebajikan Perubatan.
-
Penerima
merupakan pesakit dan keluarga yang
dikategorikan sebagai berpenghidupan
susah.
|
Scheduled Activities |
-
Berpantun competition
-
Clown & Mascot show
-
Creative colouring competition for
children
-
Remote control car drifting
competition
-
Lucky draw &Grand draw
|
- Car
drifting show
-
Band performance
-
Dance Battle
-
Fireworks (Grand finale)
|
|
Games & Activities (will carry on all day) |
- Flying fox
- Horse riding
- Motobike ride
- Train Ride
- Scouts adventure
- Face painting
|
- Reptile show
- Car show
- Motorbike show
- Harley Davidson show
- Kids Corner – face painting,
montage
- Carnival Games
|
Sales (will carry on
all day)
Garage sale
Food stalls (need to be listed out and
confirmed)
|