Search this site

-

Peringkat Perlawanan Akhir

-

Jadual Perlawanan Keputusan Mingguan

-

Gallery

-

Pembukaan Rasmi

-
 

Kejohanan Bolasepak 9 Orang Sepasukan Piala ESTET 2010
 

PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN PIALA ESTET 2010 KEMENTERIAN KESIHATAN
 

Perlawanan Akhir Kejohanan Piala Estet 2010 telah diadakan pada Hari Ahad, 30 Jamadilakhir 1431 bersamaan 13 Jun 2010 jam 1.15 petang, di Kompleks Sukan Padang dan Belapan, Stadium Negara Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Berakas. Perlawanan Akhir telah dirasmikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Abd. Salam bin Abd Momin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.

Sebelum Perlawanan Akhir dimulakan, Perlawanan Separuh Akhir Pertama dan Kedua telah dimulakan bagi penentuan mencari tempat Ketiga dan Keempat. Perlawanan Separuh Akhir Pertama dari Kumpulan A, dimana Pasukan Intermedz bertemu dengan Pasukan Health Centre dengan mata 1-0. Perlawanaan Separuh Akhir Kedua dari Kumpulan B antara Pasukan Estet Starz dengan Pasukan Dental dengan mata 1-0.
 
Dari keputusan Perlawanan Separuh Akhir tersebut, tempat Keempat ialah Pasukan Health Centre dan tempat Ketiga ialah Pasukan Dental. Dengan itu, Pasukan Inter Medz dan Pasukan Estet Starz bertemu dalam perlawanan akhir bagi merebut Johan dan Naib Johan.
 
Dalam Perlawanan Akhir, Piala Estet 2010 telah dijuarai oleh pasukan Estet Starz dengan memenangi menerusi tendangan penalty dengan mata 4-3. Dan Naib juara telah disandang oleh Pasukan Inter Medz.
 
Manakala Awg Phua Eng Huat dari Pasukan Estet Starz telah terpilih sebagai Pemain Terbaik pada Kejohanan Piala Estet tahun ini.

 

Bersama Tetamu Kehormat Juruacara Perlawanan Akhir
   
Disebalik perlawanan Separuh Akhir
   
Bersalaman dengan Tetamu Kehormat sebelum Perlawanan Akhir dimulakan
   
Disebalik perlawanan akhir
   
Juara Piala Estet 2010
   
Naib Juara Tempat Ketiga
   
Tempat Keempat

 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.