Search this site

 
Hari Tembakau Sedunia
Apa Yang Awda Perlu Ketahui?
 
Apakah Perintah Tembakau?
Perintah Tembakau yang diwartakan, adalah peruntukan undang-undang yang mengandungi:
  • Larangan ke atas iklan-iklan yang berkenaan dengan merokok
  • Mengawal penggunaan bahan-bahan tembakau.
  • Mengawal penjualan, promosi, pembungkusan dan label bahan-bahan tembakau.
  • Larangan merokok di tempat-tempat dan kenderaam-kenderaan tertentu.
Apakah dia produk tembakau?
Produk tembakau merupakan sebatangan rokok, curut, atau apa jua bentuk tembakau termaksuk sebarang larutanyang mengandungi tembakau
 
Mengapa Perintah ini penting?
Perintah ini penting untuk melindungi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam daripada kesan-kesan negatif tembakau. Ini termaksuklah mencegah kanak-kanak dan remaja daripada merokok, membantu berhenti merokok dan melindungi mereka yang tidak merokok dar kesan-kesan asap rokok.
  • Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa 1/3 dari penduduk di dunia yang berumur 15 tahun ke atas, menghisap rokok.
  • Di seluruh dunia, terdapat lebih dari 1.25 billion perokok.
  • Tembakau membunuh hampir 4 juta orang setiap tahun - separuh dari kematian ini terjadi di kalangan mereka yang pertengahan umur dan masih produktif.
  • Tembakau menyebabkan lebih 6% dari punca kematian di seluruh dunia.
  • Perokok-perokok pasif mempunyai 24% lebih berisiko menghidap kanser paru-paru dan 30% lebih berisiko menghidap penyakit jantung.

Di Negara Brunei Darussalam
Penyebab utama kematian yang berhubunbgkait dengan merokok adalah penyakit-penyakit jantung, kanser, strok dan penyakit gangguan saluran pernafasan dan ampus.

Banci Penduduk 2001, menunjukkan bahawa:

  • 17.5% jumlah penduduk yang berumur 15 tahun ke atas adalah perokok.
  • Terdapat lebih daripada 40,000 orang perokok di Negara Brunei Darussalam, dimana kumpulan terbesar perokok berumur 20-34 tahun.
  • Kira-kira 50% perokok lelaki dan 30% perokok wanita berada didalam lingkungan umur 20-34 tahun.
Adakah peruntukan undang-undang bagi melindungi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah?
  • Peniaga tidak dibenarkan menjual/memberi/membekal produk tembakau kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
  • Peniaga perlu mempamerkan notis-notis yang sesuai dan mencukupi di dalam premis-premis dengan menyatakan undang-undang melarang penjualan produk tembakau kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah
Adakah denda jika mereka yang berumur 18 tahun ke bawah didapati merokok?
Jika mereka didapati merokok atau mengunyah bahan-bahantembakau di tempat-tempat awam, atau membeli atau didapati memilikinya, bagi kegunaanya sendiri atau tidak, apa jua produk tembakau, adalah didapati bersalah dan boleh didenda tidak didenda tidak melebihi $500. Jika mereka didapati bersalah lagi dengan kesalahan yang sama, maka mereka akan didenda tidak melebihi $1000

 
Di manakah tempat-tempat yang dilarang merokok?
  • Semua bangunan yang digunakan untuk tujuan-tujuan komersial, industri atau rekreasi.
  • Tempat yang orang ramai biasanya berada seperti beratur membuat bayaran (2 orang atau lebih) distesen bas, mesin ATM dan sebagainya.
  • Premis perumahan atau bangunan awam.
  • Kenderaan awam seperti bas, teksi dan sebagainya.
Apakah pengurus/pengendali boleh lakukan apabila seseorang itu merokok di tempat-tempat/kenderaan yang dilarang?
  • Adalah menjadi tanggungjawab bagi pengurus/pengendali untuk mempamerkan notis yang sesuai dan mencukupi di dalam premis/tempat mereka dengan menyatakan bahawa menurut undang-undang, merokok adalah dilarang.
  • Pengurus/pengendali boleh meyatakan kepada perokok supaya tidak merokok dan jika dia tidak mematuhi arahan, mereka boleh menyuruhnya meninggalkan tempat itu dengan serta merta. Jika dia tidak mahu meninggalkan tempat itu, pengurus/pengendali boleh mendapatkan bantuan daripada Pegawai Polis atau Pegawai berkuatkuasa yang dilantik di bawah Perintah ini.

    Seseorang yang merokok di tempat atau kenderaan yang tertentu adalah didapati bersalah dan akan dikenakan denda tidak melebihi $1,000.
Apakah tindakan undang-undang jika seseorang itu cuba melawan secara percakapan/fizikal ke atas pengurus/pengendali?
Sesiapa yang menghalang, mengancam, mencederakan atau mengganggu pengurus/pengendali yang sedang menjalankan tugasnya, akan didapati bersalah dan boleh dikenalkan denda tidak melebihi $1,000 atau dipenjara selama tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

 
Adakah iklan-iklan yang berkaitan dengan merokok ditegah?
Perintah ini melarang iklan-iklan yang berkiatan dengan merokok termaksuk:
  • Mencetak atau menerbitkan, mempamerkan dan mengedarkan apa jua produk tembakau
  • Menjual sebarang majalah, surat khabar, wayang atau pita video dan apa jua mengandungi iklan produk tembakau.
Apakah yang perlu diketahui oleh pengimpot?
  • Semua bahan tembakau yang diimpot ke negara ini perlu mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan.
  • Mereka mestilah mempastikan bahawa semua bahan-bahan tembakau mempunyai tanda, label atau amaran-amaran kesihatan dan maklumat mengenai isi kandungan rokok.
Apakah yang perlu diketahui oleh peniaga?
  • Semua bahan-bahan tembakau yang dijual di negara ini perlu mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan.
  • Mempamerkan notis-notis yang bersesuaian dan mencukupi di dalam premis dengan menyatakan bahawa undang-undang melarang penjualan produk tembakau kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
  • Menjual rokok dalam paket yang mengandungi 20 batang rokok sahaja (bilangan rokok yang di benarkan)
Apakah perkara yang dilarang ke atas peniaga?
  • Menjual bahan-bahan tembakau (rokok) kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
  • Menjual bahan-bahan tembakau melalui mesin-mesin layan sendiri.
  • Menjual produk tembakau tiruan.
  • Memberi produk tembakau sebagai hadiah bersama dengan hadiah-hadiah lain.
  • Mengedar sampel-sampel percuma produk tembakau kepada orna g ramai.
  • Menawarkan atau menjadi penaja produk tembakau sebagai hadiah dalam apa jua permainan, pertandingan atau cabutan tiket.

 

 
 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.