Search this site

 
Kempen Promosi Kesihatan
 

Sempena dengan MAJLIS PELANCARAN BLUEPRINT PROMOSI KESIHATAN 2011 - 2015 DAN KEMPEN PROMOSI KESIHATAN, Jawatankuasa Kerja Kempen Promosi Kesihatan akan mengadakan Kempen Promosi Kesihatan yang akan bermula pada hari Rabu, 20 April 2011 ini hinggalah 9 Mei 2011. Pelbagai aktiviti telah diaturkan untuk orang ramai seperti berikut:

Minggu Pertama

1

Pameran Promosi Kesihatan - akan diadakan bertempat di kawasan Pusat Promosi Kesihatan. Pameran ini akan bermula daripada 20 April 2011 hingga 1 Mei 2011 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat yang mana ianya akan dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan sesi petang pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Pameran ini mengandungi maklumat mengenai Blueprint Promosi Kesihatan yang akan dilancarakan pada 20 April 2011 nanti, program-program promosi kesihatan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan hospital-hospital swasta yang berkaitan, mengenai diabetis, penyakit jantung, kanser, program kawalan tembakau dan lain-lain.

Selain itu juga, beberapa syarikat swasta juga akan turut menyertai pameran tersebut termasuk beberapa restoran-restoran yang akan menyediakan aneka pilihan hidangan makanan sihat untuk dijual kepada orang ramai.

2

Walkaton Perdana Promosi Kesihatan – Walkaton Perdana ini akan berlangsung di taman Sir Muda Haji Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada hari Ahad, 24 April 2011 bermula dari jam 6.30 pagi. Acara ini adalah dibukakan kepada orang ramai termasuklah penuntut-penuntut sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi, warga-warga perkhidmatan awam, syarikat-syarikat swasta, persatuan-persatuan bukan kerajaan, majlis-majlis perundingan mukim/kampong dan lain-lain. Kementerian Kesihatan dengan berbesar hati ingin menjemput orang ramai untuk hadir ke acara Walkaton Perdana Promosi Kesihatan bersama dengan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan masing-masing bagi memeriahkan acara ini.

Untuk makluman jarak yang telah ditetapkan bagi peserta lelaki, adalah 3.5km dan bagi peserta perempuan 3.4km. Tema pakaian pada hari tersebut ialah warna biru, oleh itu, peserta-peserta adalah dialu-alukan memakai baju berwarna biru untuk menyokong kempen promosi kesihatan tersebut.

Peta Walkaton boleh didapatkan di sini.

 

Minggu kedua

1

Demo Masakan SihatJumaat, 29 April 2011, disebelah pagi, pihak restoran Royal Brunei Catering (RBC) akan mengadakan Demoa masakan mereka bermula jam 9.00 pagi dan sesi petang pula akan dikendalikan oleh Restoran Seri Kandi pada jam 2.30 petang. Pendaftaran adalah percuma dan tempat-tempat adalah terhad.

2

Fit For Fun Treasure Hunt – Aktiviti ini ditaja oleh TelBru Sdn Bhd. dan akan diadakan di Taman Rekreasi Jalan Menteri Besar (JASTRE), Commonwealth Drive, bersebelahan dengan Pusat Promosi Kesihatan pada hari Ahad, 1 Mei 2011 bermula pada jam 6.30 pagi. Fit For Fun Treasure Hunt ini merupakan aktiviti berkempulan yang mengintegrasikan kegiatan fizikal dan mental.

Bayaran pendaftaran adalah sebanyak $50 setiap satu kumpulan yang terdiri daripada 5 orang. Aktiviti ini terhad kepada 20 kumpulan pertama yang mendaftar. Borang-borang boleh didapati di tingkat bawah Klinik Cara Hidup Sihat, Pusat Promosi Kesihatan dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada 25 April 2011.

 

Minggu ketiga

1

Forum Promosi Kesihatan – akan diadakan pada hari Khamis, 5 Mei 2011 dimana tema forum tersebut adalah Menerapkan Cara Hidup Sihat ke dalam budaya Brunei. 4 orang ahli penal undangan akan di jemput untuk mengongsikan maklumat yang berkaitan tema forum. Forum ini dibukan kepada orang ramai dan tempatnya akan ditetapkan kemudian.

2

Berbasikal – pula akan diadakan pada hari Ahad, 8 Mei 2011 juga dibukakan untuk orang ramai. Acara berbasikal ini akan diadakan bermula di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Oleh itu, seperti biasa, Kementerian Kesihatan mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam acara-cara yang saya sebutkan tadi.

 
 


Downloads:

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.