Kementerian Kesihatan
ingin memaklumkan mengenai situasi terkini
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut di Negara ini.
Melalui pemantauan yang
berterusan, jumlah kes yang telah di laporkan
dari 1 Ogos hingga 25 Ogos ialah sebanyak 94 kes.
Dari jumlah tersebut 4 kes memerlukan
rawatan di dalam wad, sementara yang lainnya
dirawat di Bahagian Pesakit Luar.
Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan orang
ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan diri,
dan terus berwaspada dalam mengambil
langkah-langkah pencegahan dalam mencegah
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut:-
-
Mengamalkan
kebersihan diri seperti mencuci tangan
dengan mengunakan sabun dan air bersih
selepas menggunakan tandas, sebelum
menyediakan
makanan, selepas menukar lampin atau apa
saja jua jenis pekerjaan dirumah.
-
Menjauhi Kanak-kanak
yang telah dijangkiti dari tempat-tempat
yang sesak, seperti pasar raya, kompleks
membeli belah, kolam renang, dan lain-lain.
-
Kanak-Kanak yang
menghidap simptom-simptom Penyakit Tangan,
Kaki dan Mulut tidak dihantar bersekolah
bagi mencegah jangkitan kepada kanak-kanak
lain.
-
Adik-beradik
hendaklah dicegah bermain bersama yang
dijangkiti sehingga dia telah sembuh
sepenuhnya.
Kementerian Kesihatan
ingin memaklumkan dan menasihatkan orang ramai
khususnya ibu bapa, supaya membawa anak-anak
mereka kehospital jika
mempunyai tanda-tanda yang berkemungkinan
menunjukkan penyakit tersebut mempunyai
komplikasi-komplikasi yang serius sepert:
-
lemah
-
tidak berselera
makan atau minum
-
muntah
-
pergerakkan mengejut
(jerky movements)
-
pucat
-
demam panas (suhu 38
Darjah selsius atau lebih)
-
bernafas dengan
cepat / degupan jantung kuat
Kementerian Kesihatan akan terus memantau
kejadian dan tren penyakit Tangan, Kaki dan
Mulut ini dan memaklumkan kepada orang ramai
dari semasa ke semasa akan perkembangannya.
Bagi maklumat lanjut
mengenai Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, orang
ramai adalah dinasihatkan supaya menghubungi
Healthline 2381967.
- T A M AT –
Bertarikh: 25 Ogos 2007
|