Majlis Perletakan Batu Asas bagi Pusat Kesihatan
Pekan Muara diadakan hari ini, Sabtu 12 Syaban
1428H bersamaan dengan 25 Ogos 2007. Hadir bagi
menyempurnakan perletakan batu asas Pusat
Kesihatan Muara ialah Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Awang Haji Suyoi
bin Haji Osman, Menteri Kesihatan. Juga hadir
ialah Yang Di muliakan Pehin Orang Kaya Pekerma
Laila Diraja Dato Paduka Haji Awang Hazair bin
Haji Abdullah, Timbalan Menteri Kesihatan Serta
pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan.
Bangunan Pusat Kesihatan Pekan Muara ini dibina
di atas tapak tanah yang mempunyai keluasan 3.34
ekar (1.52 hektar) terletak berhadapan dengan
Bangunan Balai Polis Pekan Muara.
Bagunan Pusat Kesihatan Pekan Muara ini
mempunyai dua tingkat. Tingkat bawah bangunan
menempatkan Bahagian Kamalangan dan Kecemasan,
Bahagian Pesakit Luar, Bahagian Farmasi,
Bahagian Radiologi, Rekod Perubatan, Bahagian
Kesihatan Ibu-ibu dan Kanak-kanak dan Bahagian
Pemulihan. Sementara tingkat atas mengandungi
Bahagian Pergigian, Bahagian Pentadbiran, Surau
dan Dewan Serbaguna. JUmlah keluasan lantai bagi
keseluruhan Bangunan Pusat Kesihatan Pekan Muara
ialah 3,328 meter persegi.
Project Bangunan Pusat Kesihatan Pekan Muara
dijangka akan siap pada 31 Julai 2008 dengan
belanja lebih kurang B$4.6 juta.
Pada masa ini, Pusat Kesihatan Pekan Muara
ditempatkan di bangunan sementara di Pekan Muara.
Pusat Kesihatan ini memberikan perkhitmatan
kepada lebih dari 23,000 orang penduduk
Mukim Serasa, Mentiri dan Kota Batu.
Tarikh: 25 Ogos 2007
|