Search this site

 

PENARIKAN BALIK PRODUK KESIHATAN ‘NP TRIMZ’ DICEMARI BAHAN RACUN/RECALL FOR CONTAMINATED HEALTH PRODUCTS (`NP TRIMZ’)


Bahasa Melayu

Kementerian Kesihatan ingin memaklum kepada orang ramai bahawa produk kesihatan `NP Trimz’ campuran perasingan protein soya dengan pekatan asal enzim, nombor batch: F2425 X601-0160 produksi Januari 2006 dan tarikh mansuh Januari 2009 keluaran Negara Malaysia didapati mengandungi ‘Sibutramine’.

`Sibutramine’ adalah bahan untuk menguruskan badan dan penggunaan secara berpanjangan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, degupan jantung yang kuat dan masalah ganguan tidur. Penggunaan `Sibutramine’ dalam makanan adalah tidak dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kesihatan Awam (Makanan), (P1 Penggal 182). Bahan ini juga dikawal dibawah Akta Racun.

Arahan penarikan balik ini adalah berikutan laporan ujian makmal yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan yang mana mengesahkan produk terbabit mengandungi ‘Sibutramine’.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya:

  • Para pengimport dan peniaga menarik balik produk terbabit iaitu nombor batch: F2425 X601-0160 produksi Januari 2006 dan tarikh mansuh Januari 2009 keluaran Negara Malaysia dari pasaran dan menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di Daerah-Daerah untuk dimusnahkan; dan

  • Para pengguna yang memiliki produk terbabit untuk menggembalikan (jika ada) ke kedai-kedai di mana produk-produk tersebut dibeli atau menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di Daerah-Daerah.

Kementerian Kesihatan juga membuat pemeriksaan di pasar raya, kedai–kedai runcit dan salon bagi mempastikan produk tersebut tidak ada di pasaran. Disamping itu juga, produk ‘NP Trimz’ yang mempunyai tarikh produksi dan tarikh mansuh yang lain juga diarahkan ditarik dari pasaran dan tidak dimakan buat sementara waktu sehingga laporan ujian mengesahkan ianya selamat untuk dimakan.

Kementerian ini ingin memaklumkan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Bab 9 ceraian (1) sub-perenggan (i) Akta Kesihatan Awam (Makanan) (Penggal 182) bahawa sesiapa yang menyediakan, menjual atau mengimport makanan yang boleh memudaratkan kesihatan boleh dipenjara selama 5 tahun atau suatu denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai dinasihatkan supaya merujuk terlebih dahulu kandungan produk kesihatan ke pihak Kementerian Kesihatan sebelum memilih, membeli dan menggunakannya.

Bagi keterangan lanjut sila hubungi :

Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan
Pusat Pemeriksaan Kesihatan
Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Jalan Delima Dua, Berakas BB2313

No. tel. : 2331100-5 / 06 / 06 / 08 / 09 / 10
No. faks. : 2-331107

-TAMAT-

Tarikh : 30 Syaaban 1428 / 12 September 2007


English

The Ministry of Health wishes to inform the public that health product named `Np Trimz’ containing mixed isolated soya protein with concentrated derived enzyme, Batch number: F2425 X601-0160 produced in January 2006 and expires on January 2009, manufactured in Malaysia is found to contain `Sibutramine’.

`Sibutramine’ is a substance used to reduce weight and prolong consumption of this substance can cause high blood pressure, increase heart beat and insomnia. It is illegal to use `Sibutramine’ in food under the Public Health Regulation (Food), P1 Chapter 182 and it is also controlled under the Poison Act.

The recall on `NP Trimz’ was made after laboratory confirmation from the Department of Pharmaceutical Services of the presence of `Sibutramine’ in the product.

The Ministry of Health advises that:

  • Importers and retailers are to withdraw all the `NP Trimz’ products with Batch number: F2425 X601-0160 produced in January 2006 and expires on January 2009 produced in Malaysia off the shelves and surrender them to Quality Control and Food Safety Division or any Health Offices in the Districts for the products to be destroyed; and
     

  • The public who possesses the product are to return the products (if any) to the outlets/shops from which they bought them or hand them over to the Quality Control and Food Safety Division or Health Office in the Districts.

The Ministry of Health is inspecting all supermarkets, provisions shops and salons to ensure that the product is no longer sold to the public. Other `NP Trimz’ products with different production and expiry date are not to be sold to the public and it is not to be consumed until the Ministry of Health has ensured that they are safe.

As stated under Section 9, subsection 1 paragraph (i) Public Health Act (Food) (Chapter 182) those who produces, sells or imports food that can lead to health problems upon conviction can be imprisoned for 5 years or a fine or both.

The Public should seek advice from the Ministry of Health on the content of any health products before selecting, buying or consuming them.

For further information please contact:

Food Quality Control and Safety Division
Health Screening Centre
Environmental Health Service
Department of Health
Berakas BB2313

Tel. : 2331100-5 / 06 / 06 / 08 / 09 / 10
Fax. : 2-331107

-END-

Date : 30 Syaaban 1428 / 12 September 2007
Reference: KK/PR 10/07
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.