|
Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan mengenai
dengan situasi terkini Penyakit Tangan, Kaki dan
Mulut di Negara ini. Jumlah kes yang telah
dilaporkan pada tahun 2006 ialah sebanyak 2,132 kes.
Kes-kes yang dilaporkan didapati semakin menurun,
dimana pada bulan November sebanyak 302 kes,
September - 217 kes, Oktober -100 kes, November – 80
kes manakala pada bulan Disember hanya 46 kes sahaja
yang dilaporkan. Sementara itu pada tahun ini jumlah
kes yang dilaporkan dari 1 Januari hingga 31 Januari
2007 ialah sebanyak 46 kes. Dari jumlah tersebut
hanya 3 kes yang memerlukan rawatan di dalam wad,
sementara yang lainnya di rawat di Bahagian Pesakit
Luar dan telah sembuh sepenuhnya.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan ingin sekali
lagi menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa,
supaya membawa segera ke hospital jika mendapati
anak-anak yang menghidap penyakit Tangan, Kaki dan
Mulut menunjukkan tanda-tanda seperti:
- lemah
- tidak berselara makan atau minum
- muntah
- pergerakkan mengejut (jerky movements)
- pucat
- demam panas (suhu 38 Darjah Selsius atau lebih)
bernafas dengan cepat/ degupan jantung kuat
Semua tanda-tanda di atas berkemungkinan menunjukkan
penyakit tersebut menjadi lebih serius. Kanak-kanak
yang berumur 2 tahun dan ke bawah mudah mendapat
komplikasi-komplikasi penyakit ini. Oleh yang
demikian, orang ramai dinasihatkan supaya terus
berwaspada akan tanda-tanda tersebut di kalangan
kanak-kanak, kerana ianya sangat sukar untuk
meramalkan kanak-kanak yang mungkin mendapat
penyakit serius.
Walaupun jumlah kes didapati ditahap yang rendah,
orang ramai sentiasa diingatkan untuk sentiasa
menjaga kebersihan diri dari semasa ke semasa,
kerana virus penyakit tersebut dikhuatri masih
terdapat di udara dan boleh menjangkiti manusia.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya
terus berwaspada, mengambil langkah-langkah
pencegahan dan bekerjasama dengan Kementerian
Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain,
dalam mencegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut:-
- Mengamalkan kebersihan diri yang baik, seperti
mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air
bersih selepas menggunakan tandas, sebelum
menyediakan makanan, selepas menukar lampin atau apa
jua jenis pekerjaan rumah, yang tidak bersih.
- Menjauhi kanak-kanak yang telah dijangkiti dari
tempat-tempat yang sesak, seperti pasar raya,
kompleks membeli belah, kolam renang, dan lain-lain.
- Kanak-kanak yang menghidap simptom-simptom
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut hendaklah dihantar
terus ke hospital atau pusat kesihatan; dan tidak
dihantar ke sekolah kerana virus tersebut boleh
berjangkit kepada kanak-kanak lain.
- Adik-beradik hendaklah dicegah bermain bersama
yang dijangkiti sehingga dia telah sembuh sepenuhnya.
- Membersihkan diri sendiri dan mengamalkan
kebersihan diri sebelum mengendalikan anak damit dan
anak-anak yang lain terutama sekali apabila balik
Bagi maklumat lanjut mengenai Penyakit Kaki, Tangan
dan Mulut, orang ramai adalah dinasihatkan supaya
menghubungi Healthline 2381967.
|