Bahasa Melayu
Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam ingin
memaklumkan kepada orang ramai bahawa
ubat-ubatan tradisi yang tersenarai di bawah ini
telah ditarik balik oleh pihak berkuasa Kawalan
ubat-ubatan di negara-negara jiran:
-
Xi Tong Wan Tablets (Zhen Feng Da Brand)
dikilangkan oleh Syarikat Anqing Huidafeng
Pharmaceutical Co. Ltd, Anhui, China
didapati mengandungi Indomethacin
-
Yin Qiao Jie Du Tablets (Wellring Brand)
dikilangkan oleh Syarikat Sichuan Medco
Pharmaceutical Co. Ltd, China didapati
mengandungi Paracetamol yang tidak
diketahui kekuatannya,
-
Slenderine Capsule
didapati mengandungi Fluoxetine
-
Rhizoma Curcuma Longae Concentrated Granules
dikilangkan oleh Syarikat Capital Group &
Dadi Pharmaceutical Co. Ltd (China) nombor
batch W060301 didapati mengandungi ‘Mercury’
yang melebihi had yang dibenarkan
-
Natorny Kwek’s Herb 106 Powder
diedarkan oleh oleh Natorny Marketing Asia
Pte Ltd (Singapore) nombor batch 106600603A
dan
-
Chinese Herbal Heritage Herbal Slimming Tea
dikilangkan oleh Syarikat Kan Shen Chinese
Manufacturer (Singapore) nombor batch 131703
didapati mengandungi tahap Pencemaran
Mikrobial yang berlebihan
Indomethacin
adalah bahan “Non-steroidal anti-inflammatory
drugs” (NSAID) yang digunakan bagi menahan sakit
dan keradangan dan pengambilan yang tidak
terkawal boleh menyebabkan gangguan pendengaran,
sesak nafas, bengkak pada muka atau bahagian
bawah kaki dan gangguan pada darah (blood
disorder).
Paracetamol
digunakan untuk melegakan sakit dan demam.
Pengambilan yang berpanjangan boleh menyebabkan
ruam, tekanan darah yang rendah, gangguan pada
darah sementara pengambilan yang berlebihan pula
boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah
pinggang.
Fluoxetine
adalah ubat anti-kemurungan dan pengambilan yang
tidak terkawal boleh menaikkan tekanan darah,
mengurangkan daya tumpuan, kebingungan dan
gangguan tidur. ‘Mercury’ boleh
mengakibatkan mual, muntah-muntah, saki perut,
cirit-birit dan kerosakan buah pinggang.
Pada masa ini, belum ada laporan mengenai
produk-produk terbabit diimpot ke negara ini dan
tidak dijumpai dijual di mana-mana pasaran
tempatan. Dalam melindungi kesihatan orang ramai,
Kementerian Kesihatan ingin menasihati orang
ramai untuk tidak membeli atau menggunakan
produk-produk tersebut.
Kementerian Kesihatan juga ingin mengingatkan
bahawa ianya adalah satu kesalahan untuk
mengimpot, menjual atau menawarkan untuk dijual
mana-mana produk yang mengandungi bahan yang
dikawal di bawah Akta Racun dan jika seseorang
itu didapati bersalah, denda sebanyak $8000.00
atau penjara selama 6 bulan akan dikenakan.
Sesiapa yang ada memiliki produk-produk tersebut
adalah dinasihati untuk memusnahkan atau
menyerahkan produk-produk itu kepada Unit
Penguatkuasaan Farmasi, Block 2G, Tingkat 8,
Pusat Kesihatan BSB di Jalan Ong Sum Ping,
Bandar Seri Begawan
-TAMAT-
Date: 19 November 2007
English
TRADITIONAL MEDICINES
The Ministry of Health, Brunei Darussalam wishes
to inform the public that the following
traditional medicines were being recalled by the
Drug Control Authorities in neighbouring
countries:
-
Xi Tong Wan Tablets (Zhen Feng Da Brand)
manufactured by Anqing Huidafeng
Pharmaceutical Co. Ltd, Anhui, China found
to contain Indomethacin
-
Yin Qiao Jie Du Tablets (Wellring Brand)
manufactured by Sichuan Medco
Pharmaceuticals Co Ltd, China found to
contain Paracetamol of unknown strength
-
Slenderine Capsule
found to contain Fluoxetine;
-
Rhizoma Curcuma Longae Concentrated Granules
manufactured by Capital Group & Dadi
Pharmaceutical Co Ltd (China) bearing batch
number W060301 found to contain Mercury
exceeding the permissible limit;
-
Natorny Kwek’s Herb 106 Powder
distributed by Natorny Marketing Asia Pte
Ltd (Singapore) bearing batch number
106600603A and
-
Chinese Herbal Heritage Herbal Slimming Tea
manufactured by Kang Sheng Chinese
Manufacturer (Singapore) bearing batch
number 131703 found to contain excessive
level of Microbial Contamination
Indomethacin
is a Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug (NSAID)
used in relieving pain and inflammation and
unsupervised ingestion may lead to hearing
disturbance, shortness of breath, swelling of
face or lower legs and blood disorder.
Paracetamol
is used for pain and fever and long term
consumption may cause rashes, lowered blood
pressure and blood disorders and in overdosage,
it may lead to kidney and liver damage
Fluoxetine
is an antidepressant and unsupervised
consumption may lead to increase in blood
pressure, impaired concentration, confusion and
sleep disturbance while Mercury
poisoning may cause nausea, vomiting, abdominal
pain, bloody diarrhoea and eventually leading to
kidney damage.
Although there is no record of import of the
affected products into the country and the
products were not found available for sale in
the local market, in the interest of public
safety the Ministry of Health would like to
advise the public not to purchase or use any of
the affected products.
The Ministry would like to remind the public
that it is an offence to import, sell or offer
for sale any product containing a substance
controlled under the Poisons Act and the penalty
for such an offence, upon conviction is a fine
of $8000.00 or imprisonment of 6 months.
Members of the public who have the affected
products are advised to destroy or surrender
them to the Pharmacy Enforcement Section, Block
2G, 8th Floor, BSB Health Centre in
Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan.
-End-
Date : 19 November 2007