Delegasi daripada 45 buah negeri dan serantau
termasuk Negara Brunei Darussalam telah
menghadiri Forum Keselamatan Makanan
Antarabangsa Peringkat Tinggi yang diadakan pada
26-27 November 2007 di Beijing, China.
Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Yang
Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja
Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah,
Timbalan Menteri Kesihatan dan beberapa pegawai
kanan dari Kementerian Kesihatan.
Dalam Forum tersebut satu deklarasi bersama
telah dipersetujui bagi meningkatkan keselamatan
global makanan melalui pertukaran maklumat
mengenai pencemaran makanan dan wabak penyakit
bawaan makanan.
Forum juga telah bersetuju bahawa negara-negara
membangun hendaklah membantu negara-negara
sedang membangun dalam membentuk kapasiti
keselamatan makanan ke arah mempastikan
keselamatan makanan untuk semua.
Deklarasi Beijing adalah hasil rumusan 2 hari
Forum tersebut yang mana membawa pakar dari
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Negara Amerika
Syarikat, Kanada, Australia, Malaysia, Thailand,
Jepun dan 600 delegasi yang mewakili 45 buah
negara dan 35 organisasi.
Deklarasi tersebut menyarankan kesemua negara
untuk:
-
Membentuk prosedur-prosedur termasuk sistem
penarikan balik; mengenalpasti, menyiasat
dan bertindak dengan cepat ke atas insiden
yang berkaitan dengan keselamatan makanan;
-
Memaklumkan mengenai mana-mana kecemasan
berhubung dengan keselamatan makanan kepada
Pertubuhan Kesihatan Sedunia;
-
Membentuk program pengawalan Makanan dan
Jumlah Permakanan yang berkaitan dengan
sistem pengawasan penyakit makanan-binatang
dan manusia; bagi mendapatkan maklumat yang
cepat dan tepat mengenai risiko dan penyakit
bawaan makanan dalam hasil makanan.
Deklarasi tersebut juga merumuskan sukat-sukat
keselamatan makanan hendaklah berasaskan
saintifik dan prinsip-prinsip analisis makanan
yang tepat dan tidak menyekat perdagangan.
-TAMAT-
Date: 28 November 2007
|