-
Delegasi dari 41 buah Negara dan pertubuhan
antarabangsa termasuk Negara Brunei
Darussalam telah menghadiri Persidangan
Antarabangsa Perubatan Tradisional China
yang bertemakan - Kerjasama Dalam Sains dan
Teknologi yang berlangsung di Beijing,
Republik Rakyat China dari 28-29 November
2007
-
Negara Brunei telah diwakili oleh Timbalan
Menteri Kesihatan, Yang Dimuliakan Pehin
Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka
Haji Awang Hazair bin Haji Abdullah bersama
dengan beberapa orang pegawai kanan dari
Kementerian Kesihatan.
-
Didalam kenyataan di forum menteri-menteri
di persidangan berkenaan, Yang Dimuliakan
Pehin Hazair telah menekankan sumbangan
penting yang dimainkan oleh Perubatan
Tradisional, disamping perubatan moden,
dalam rawatan, penjagaan, dan kesejahteraan
kesihatan. Yang Dimuliakan Pehin menjelaskan
80 peratus penduduk daripada negara-negara
sendang membangun memanfaatkan dan
bergantung kepada rawatan perubatan
tradisional bagi memenuhi keperluan
kesihatan asas (primary health care) kerana
ianya mudah dan senang diperolihi.
-
Rawatan perubatan tradisional tambah Yang
Dimuliakan Pehin mempunyai potensi dibidang
ekonomi dan perdangangan serta dapat
menyumbang kepada perkembangan dunia
perubatan jika di kembangkansecara saintifik
dan penggunaan kaedah penyelidikan teknologi
moden.
-
Untuk mengembang majukan potensi perubatan
tradisional dalam dunia perubatan ianya
memerlukan langkah-langkah untuk
mengintegrasikannya kedalam system kesihatan
yang bersepadu (integrated health systems)
dengan memberikan tumpuan kepada aspek-aspek
keselamatan (safety), keberkesanan
(efficacy), mutu kawalan (standards),
latihanm penyelidikan dan penggunaan. Ini
memerlukan kerjasama dan kolaborasi
dikalangan Negara-negara maju dan membangun,
jelas Pehin Hazair.
-
Yang Dimuliakan Pehin Haji Hazair juga telah
menjelaskan bagi mempastikan keselamatan
bahan-bahan yang digunakan dalam perubatan
tradisional, Negara Brunei Darussalam
menggunakan kawalan Deklarasi Kastam (Custom
Declarations) yang menepati (in accordance
to) garispandu pengimpotan bahan-bahan
Perubatan Tradisional dan Supplemen
Kesihatan (Health Supplements). Negara
Brunei Darussalam juga membuat pasca
pemeriksaan pemasaran secara (rambang)
random (post marketing random surveillance)
keatas produk perubatan tradisional yang
terdapat di pasaran.
-
Negara Brunei Darussalam juga melibatkan
diri dalam the ASEAN Post Marketing Alert
System bagi pertukaran dan berkongsi
maklumat keatas produk ubat-ubatan termasuk
produk-produk perubatan tradisional yang
tidak tulen dan tercemar dengan mengandungi
bahan racun dan toksik yang mengancam
kesihatan awam.
-
Disamping itu Negara Brunei Darussalam juga
berkerjasama rapat dengan agensi-agensi
serantau dan antarabangsa seperti Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) dan ASEAN
Consultative Committee for Standards and
Quality Traditional Medicine and Health
Supplement Products bagi pengawalan
ubat-ubatan.
-
Persidangan dua hari yang dihadiri oleh 500
peserta yang terdiri dari pakar-pakar dari
Negara-negara maju dan membangun seperti
Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Korea,
Peranchis, Thailand dan tuan rumah China
telah menghasilkan Deklarasi Beijing yang
antara lain menyarankan kesemua negara untuk
berkerjasama kearah mempastikan keharmonian
pengamalan dan penggunaan perubatan
tradisional, komplementari dan alternatif
secara konsultatif.
-
Negara-negara maju dan membangun akan saling
berkerjasama bagi mengintegrasikan Perubatan
Tradisional/ komplementari dan Alternatif
berasaskan perubatan secara holistic bagi
kepentingan cara hidup yang sihat dan
kesejahteraan individu dan dimanfaatkan
dalam aspek socio-ekonomi dan perdangangan
untuk semua.
-
Deklarasi Beijing juga menyarankan bagi
Negara-negara mengujudkan kerjasama,
rangkaian, kolaborasi, harmonasasi dan
integrasi yang berhubung dengan dasar,
peraturan, panduan, penyelidikan,
keselamatan, pengamalan dan latihan dalam
bidang Perubatan Tradisional/Komplementari
dan alternative demi untuk mengingkatkan
penjagaan kesihatan dan kesejahteraan warga
dunia.