Search this site

 

MAJLIS PENYERAHAN KERETA “`BUGGY’” SUMBANGAN DARIPADA BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALA BERHAD (BIBD) KEPADA HOSPITAL RIPAS
 

Bank Islam Brunei Darussalam Berhad (BIBD) akan menyumbangkan sebuah kereta `Buggy’ kepada Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). Ianya diadakan pada hari ini, Isnin, 21 Januari 2008 bertempat di Ruang Legar Bahagian Pesakit Luar Hospital RIPAS.

Majlis penyerahan kereta `Buggy’ tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar Menteri Pembangunan sebagai Pengerusi BIBD dan menyerahkan kereta `Buggy’ tersebut kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Kesihatan.  Kereta `Buggy’ tersebut kemudian diserahkan kepada Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital RIPAS.

Yang turut hadir pada majlis petang ini ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Lela Diraja Dato Paduka Haji Awang Hazair bin Haji Abdullah, Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Setia Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan Belia & Sukan dan selaku Timbalan Pengerusi BIBD, Yang Mulia Awang Haji Mohd Syaipuddin bin Haji Abdullah, Pengarah Urusan BIBD, Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Kesihatan dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Bank Islam Brunei Darussalam Berhad.

Penggunaan kereta `Buggy’ tersebut adalah bagi mengendalikan perkhidmatan pengangkutan pelanggan yang memerlukan, disamping meningkatkan sikap pemedulian kepada pelanggan. Laluan `Buggy’ hanyalah di persekitaran kawasan dan dalam block Hospital RIPAS sahaja. Perkhidmatan `Buggy’ berkenaan akan dapat dimanfaatkan bagi yang memerlukan bantuan, antaranya kepada:

  1. Warga Emas

  2. Pesakit yang kurang upaya

  3. Ibu-ibu mengandung

  4. Pesakit/pelanggan untuk membawa ke Jetty


-TAMAT-

Tarikh : 21 Januari 2008 /  12 Muharram 1429 H
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.