English
Following the recent occurrences of heavy rain
and flooding, the Ministry of Health would like
to remind the public especially those living in
areas that are prone to flooding and affected
areas to take precautionary measures so as to
avoid any injuries and the risk of spreading of
infectious diseases such as cholera, typhoid,
diarrheoa amongst others.
Some necessary
precautionary measures that should be taken in
the event of flooding include:
-
Ensuring that water
supplies are clean and uncontaminated
-
Ensuring drinking water should first be
boiled or drink bottled water
-
To cook foods thoroughly
-
Prioritise self cleanliness specifically
washing hands with clean water before
handling food and after using the toilet
-
To keep the environment clean and not to
litter
-
To seek treatment when experiencing symptoms
such as stomach pains, diarrheoa, vomiting
and others
-
Prioritise safety especially by avoiding the
exposure of children to floods so as to
prevent accidental events such as drowning,
injury and infection
-
Avoid touching electrical cables falling
near flood waters
Hospitals and health
centers throughout the country will continuously
monitor for any diseases that are caused by
flooding.
-END-
Date: 11 February 2008/ 5 Safar 1429 H
Bahasa Melayu
NASIHAT KESIHATAN SEMASA BANJIR
Berikutan dengan kejadiaan hujan lebat dan banjir pada masa
ini, Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan
orang ramai terutama yang tinggal di kawasan
yang boleh terjejas dan yang telah dilanda
banjir supaya mengambil langkah-langkah yang
perlu bagi menghindarkan sebarang kecederaan
dan kemungkinan berlakunya penyakit-penyakit
berjangkit seperti kolera, tifoid, cirit-birit
dan sebagainya.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil jika berlakunya
banjir termasuklah:
-
Memastikan bekalan air adalah bersih dan
tidak tercemar
-
Memastikan air minum dimasak terlebih dahulu
atau meminum air botol
-
Memasak semua makanan dengan sempurna
-
Mengutamakan kebersihan diri khususnya
membasuh tangan dengan air bersih dan sabun
sebelum mengendali makanan dan selepas
menggunakan tandas
-
Menjaga kebersihan persekitaran dan tidak
membuang sampah merata-rata
-
Mendapatkan rawatan jika mengalami penyakit
seperti sakit perut, cirit-birit, muntah dan
lain-lain
-
Mengutamakan keselamatan khususnya
kanak-kanak agar tidak terdedah kepada air
banjir bagi mengelakkan berlakunya perkara
yang tidak diingini seperti lemas,
kecederaan serta jangkitan penyakit
-
Mengelakkan daripada menyentuh dawai
elektrik yang jatuh berdekatan air banjir
Pusat-pusat kesihatan dan juga hospital-hospital
di seluruh negara akan sentiasa memantau
mengenai berlakunya sebarang penyakit disebabkan
oleh banjir.
-TAMAT-
Tarikh: 11 Februari 2008/ 5 Safar 1429 H |