Search this site

 

PENARIKAN BALIK KE ATAS PRODUK KEJU KELUARAN DARI ITALI
 

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk keju berjenama Mozzarella keluaran negara Itali yang dilaporkan berhubungkait dengan pencemaran ‘dioxin’ adalah tidak di impot ke negara ini.

Ini adalah berikutan penarikan balik oleh Kementerian Kesihatan Itali ke atas produk terbabit yang berkemungkinan dicemari dengan ‘dioxin’, sejenis bahan yang boleh menyebabkan penyakit kanser.

Mengikut rekod Pendaftaran Makanan Import, Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan bahawa produk terbabit tidak di impot ke negara ini. Produk keju berjenama yang sama hanya didatangkan daripada Australia dan Denmark.

Walau bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan akan terus memantau bagi mempastikan produk terbabit tidak ada di pasaran dan tidak diimpot ke negara ini.

Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan agar:

  • Para pengimport dan peniaga tidak mengimport mana-mana produk tenusu termasuk keju keluaran Itali buat sementara waktu; dan
     

  • Para pengguna jika memiliki produk terbabit yang mungkin membeli di luar negara agar tidak memakannya dan memusnahkannya

Kementerian ini juga memaklumkan sepertimana yang diperuntukkan dibawah Bab 9 ceraian (1) sub-perenggan (i) Akta (Kesihatan Awam) (Makanan), (Penggal 182) sesiapa yang menyediakan, menjual atau mengimport makanan yang boleh memudaratkan kesihatan boleh dipenjara selama 5 tahun atau suatu denda atau kedua-kedua sekali.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi:

Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan
Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Jalan Delima Dua, Berakas BB2313

Nombor telefon: 2331100-5/6/8/9/10
Nombor faksmili: 2331107
Alamat e-mel:
fsqc@moh.gov.bn

-     TAMAT      –

Tarikh : 24 Rabiulawal 1429/ 1 April 2008
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.