Bahasa Melayu
Pada tahun ini, sekali lagi, Negara Brunei
Darussalam, bersama-sama dengan negara-negara
ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang lain,
meraikan sambutan Hari Kesihatan Sedunia yang
mana tema yang dipilih oleh Pertubuhan tersebut
ialah “Melindungi Kesihatan dari Perubahan Iklim”.
Negara Brunei Darussalam adalah tidak terkecuali
dari menghadapi akibat-akibat perubahan iklim.
Akibat yang paling nyata ialah keadaan cuaca
yang ekstrim yang menyebabkan beberapa kejadian
bencana alam seperti banjir besar dan kejadian
tanah runtuh yang pada kebiasaannya jarang
berlaku di negara ini. Perubahan iklim juga,
antara lain, mempengaruhi keadaan ecosystem,
keadaan pembiakan vektor, perubahan mikrobiologi,
pertanian, keselamatan makanan (food security)
dan keadaan sosio-ekonomi. Fenomena-fenomena
seperti ini seterusnya mempunyai impak secara
langsung dan tidak langsung terhadap kesihatan.
Bencana alam seperti banjir misalnya,
mendedahkan rakyat dan penduduk negara ini
kepada risiko-risiko kecederaan, kemalangan,
kematian dan penyakit-penyakit berjangkit.
Kerosakan tanam-tanaman dan kematian haiwan
ternakan pula boleh menyebabkan kehilangan
pendapatan dan kekurangan bekalan makanan
sehingga boleh menimbulkan masalah-masalah
kesihatan seperti kekurangan zat makanan
(malnutrition) dan kesihatan mental.
Penyelidikan yang dibuat di negara-negara
serantau dan antarabangsa telah menunjukkan
bahawa perubahan iklim mempunyai kesan langsung
terhadap pembiakan vektor seperti nyamuk yang
mana boleh membawa kepada meningkatnya
penyakit-penyakit bawaan vektor seperti malaria
dan demam denggi. Bagi sebuah negara yang telah
diisytiharkan bebas dari malaria, perkara ini
mempunyai implikasi yang sangat besar bagi
Negara Brunei Darussalam.
Oleh yang demikian, dalam menghadapi masalah
seperti ini, kita harus berkerjasama dan
bersama-sama berusaha untuk mengurangkan
akibat-akibat perubahan iklim sebagai langkah
untuk melindungi kesihatan kita. Orang ramai,
sama ada secara berkumpulan dan individu,
mempunyai peranan yang besar dan turut
menyumbang ke arah ini.
-TAMAT-
Tarikh: 1 Rabiulakhir 1429 / 7 April 2008
Rujukan: KK/PR10/08
English
MINISTER OF HEALTH MESSAGE IN CONJUNCTION WORLD
HEALTH DAY 2008
This year, once again, Brunei Darussalam,
together with other member countries of the
World Health Organisation (WHO), is celebrating
the World Health Day with the WHO selected theme
of “Protecting Health From Climate Change”.
Brunei Darussalam is not an exception in facing
the impacts of climate change. The most
noticeable impact is extreme weather conditions
causing floods and landslides which do not
normally happen in the country. Climate change
also influence the ecosystem, breeding patterns
and habitats of vectors, changes in microbial
pathways, agriculture, food security and
socio-economical conditions. These phenomenons
have direct and indirect effects on health.
Natural disasters, such as floods, will expose
the people of the country to risks of injuries,
trauma, accidents, deaths and infectious
diseases. Damage to crops and livestock deaths
will lead to loss of income and food shortages
and in turn, may cause health problems including
malnutrition and mental health problems.
Research done regionally and internationally
have shown that climate change had direct
effects on breeding patterns of vectors such as
mosquitos which can lead to increase in
vector-borne diseases such as malaria and
dengue. For a country which has been declared
malaria-free, this factor holds huge
implications to Brunei Darussalam.
Thus, in facing such problem, we need to
cooperate and work together to reduce the
impacts of climate change in order to protect
our health. The public, either in groups or
individually, has an important contributory role
towards achieving this.
-END-
Date: 1 Rabiulakhir 1429 / 7 April 2008
Reference: KK/PR10/08