Search this site

 

UBAT-UBATAN TRADISIONAL DICEMARI BAHAN RACUN

Bahasa Melayu
 

Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berdasarkan kepada laporan dari Pihak Berkuasa Kawalan Ubat-Ubatan di Negara jiran, ubat-ubatan tradisional seperti yang disenaraikan di bawah ini:

  1. Ramuan Asy-Syifa didapati mengandungi Sildenafil dan Paracetamol;

  2. Pronoton Capsules yang dikilangkan oleh Shitek Micro Algae Sdn Bhd, Malaysia didapati   mengandungi Sildenafil dan yang serupa; dan

  3. Edoly Capsules yang dikilangkan oleh Shen Loon She Enterprise Sdn Bhd, Malaysia didapati   mengandungi Chlorpheniramine

Sildenafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki yang boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain dan menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti menurunkan tekanan darah jika digunakan bersama dengan ubat mencegah tekanan darah tinggi.

Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit dan demam. Pengambilan yang berpanjangan boleh menyebabkan ruam, menurunkan tekanan darah, menjejaskan perjalanan darah sementara pengambilan yang berlebihan pula boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

Penggunaan “Chlorpheniramine” boleh menyebabkan pening, menurunkan tekanan darah, kekeliruan, tidak berkordinasi dan mengantuk.

Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Farmasi telah menjalankan pemeriksaan di mana satu produk kosmetik yang tersenarai di atas, “Pronoton Capsules” telah didapati dijual dalam pasaran negara ini.

Sebagai langkah menjaga keselamatan orang ramai, Kementerian Kesiahatan telah memberi arahan kepada pengimpot-pengimpot untuk menarik balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dan para pengguna adalah dinasihati untuk berhenti menggunakan produk tersebut.

Kementerian Kesihatan juga ingin mengingatkan orang ramai bahawa adalah satu kesalahan untuk mengimpot, menjual atau menawarkan untuk dijual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta Racun dan jika seseorang itu didapati bersalah, denda sebanyak $8000.00 atau penjara selama 6 bulan akan dikenakan.

Sesiapa yang ada memiliki produk-produk tersebut adalah dinasihati untuk memusnahkan atau menyerahkan produk-produk itu kepada Unit Penguatkuasaan Farmasi, Block 2G, Tingkat 8, Pusat Kesihatan BSB di Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan.

 

 

 

 

-TAMAT-

 

Tarikh: 5 Mei 2008 / 29 Rabiulakhir 1429
Rujukan: KK/PR 10


English

TRADITIONAL MEDICINES ADULTERATED WITH CONTROLLED POISONS

The Ministry of Health, Brunei Darussalam wishes to inform the public that based on the report from the Drug Control Authorities in neighboring countries, the following traditional medicines:

  1. Ramuan Asy-Syifa was found to contain Sildenafil and Paracetamol;

  2. Pronoton Capsules  manufactured by Shitek Micro Algae Sdn Bhd, Malaysia was found to contain Sildenafil and its analogues; and

  3. Edoly Capsules  manufactured by Shen Loon She Enterprise Sdn Bhd, Malaysia was found to contain Chlorpheniramine

Sildenafil is used in the treatment of male impotency and the drug can interact with other medicines resulting in serious adverse affects such as the lowering of blood pressure if used together with some anti-hypertensive drugs.

Paracetamol is used for pain and fever and long term consumption may cause rashes, lowered blood pressure and blood disorder and in overdosage, it may lead to kidney and liver damage.

Unsupervised ingestion of Chlorpheniramine may lead to dizziness, lowering of blood pressure, confusion, incoordination and drowsiness.

The Ministry of Health through the Pharmacy Enforcement Section, Department of Pharmaceutical Services has conducted inspection and one of the affected products, Pronoton Capsules was found available for sale in the market.

In the interest of public safety, the Ministry of Health has instructed the importers to recall the affected product from the market and would also like to advise the consumers to stop using the said product.

The Ministry would like to remind the public that it is an offence under Poison Act 1956 to sell any product containing any substance controlled under the Poisons Act and the penalty for such an offence, upon conviction is a fine of $8000.00 or imprisonment of 6 months.

Members of the public who have the affected products are advised to destroy or surrender them to the Pharmacy Enforcement Section, Block 2G, 8th Floor, BSB Health Centre at Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan.

 

 

 

-END-
 

Date: 5 May 2008 / 29 Rabiulakhir 1429
Reference: KK/PR 10

 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.