Search this site

 

PERKHIDMATAN BERKHATAN BAGI MUSIM CUTI SEKOLAH PENGGAL KEDUA


Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa sesi berkhatan bagi kanak-kanak pada musim cuti sekolah penggal kedua akan bermula pada 14hb Jun hingga 29hb Jun 2008.

Tarikh pendaftaran bagi perkhidmatan berkhatan akan bermula dari 5hb Jun hingga 14hb Jun 2008 bertempat di Pusat Kemasukkan Pesakit, Blok 5 Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Ibubapa atau penjaga yang berhajat untuk mendapatkan perkhidmatan berkhatan bagi anak-anak mereka, bolehlah berhubung terus kepada pegawai-pegawai yang bertugas di Unit Berkhatan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha atau melalui talian telefon 2242424 sambungan 499.

-TAMAT-

Tarikh : 29 Jamadilawal 1429 / 4 Jun 2008
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.