Search this site

 

RECALL ON TRADITIONAL MEDICINES AND COSMETIC PRODUCTS / PENARIKAN BALIK UBAT TRADISI DAN PRODUK-PRODUK KOSMETIK

Bahasa Melayu

Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa ubat-ubatan tradisi, produk-produk kesihatan dan kosmetik yang tersenarai di bawah ini telah ditarik balik oleh pihak berkuasa Kawalan ubat-ubatan di negara-negara jiran:

  1. Zhong Hua Niu Bian didapati mengandungi Sildenafil, Tadalafil, Glibenclamide dan Sibutramine;

  2. Black Knight Liquid dikilangkan oleh Organic Gain Sdn Bhd, Malaysia didapati mengandungi Sildenafil; dan

  3. Ching Du Wan 300mg Capsules dikilangkan oleh Maxi Herbs Sdn Bhd, Malaysia didapati mengandungi Chloramphenicol dan Chlorpheniramine.

Produk-produk kosmetik tersenarai di bawah ini didapati mengandungi Hydroquinone:

  1. Astringen Lanjutan dikilangkan oleh Amreena Enterprise, Malaysia:
     

  2. Skin Desires Deep Whitening Milk dikilangkan oleh Biotech Manufacturing, Malaysia;
     

  3. Skin Whitening Essence I and Skin Whitening Plus II dikilangkan oleh Christine Valmy Inc United States;
     

  4. Atika Beauty Skin Lightening Cream, Deep Skin White Plus, Sub Whitening Revitalizing Cream, Sub Instant White Cream, Herbarites Skin Whitening (Sensitive Skin) dikilangkan oleh Chemi Lab Cosmetic Industries, Malaysia;
     

  5. Crystal White Night Cream dikilangkan oleh Yakin Invest Corporation Sdn Bhd, Malaysia;
     

  6. Crystal White Extra Night Cream dikilangkan oleh Sky Resources Sdn Bhd, Malaysia; dan
     

  7. Golden Deer White Complex Cream dikilangkan oleh Re-X Products Co Ltd, Thailand


Sildenafil
dan Tadalafil digunakan untuk merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dan ubat-ubatan tersebut boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan yang lain dan menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti menurunkan tekanan darah jika digunakan bersama ubat mencegah tekanan darah tinggi.

Glibenclamide
adalah bahan anti-diabetik  dan penggunaan tanpa pengawasan boleh menyebabkan rasa mual, muntah, cirit birit dan menurunkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Pengambilan Sibutramine tanpa pengawasan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, degupan jantung yang kuat dan masalah gangguan tidur.

Penggunaan berpanjangan Chloramphenicol boleh menyebabkan rasa mual, muntah, cirit birit dan kes yang lebih teruk lagi, masalah darah dan anaemia aplastik, manakala penggunaan Chlorpheniramine tanpa pengawasan boleh mengakibatkan pening, menurunkan tekanan darah, kekeliruan, kurang koordinasi dan rasa mengantuk.

Hydroquinone
adalah bahan pemutih yang hanya boleh digunakan melalui preskripsi doktor. Penggunaan Hydroquinone tanpa pengawasan boleh mendatangkan masalah kepada kulit, kulit menjadi merah dan rasa pedih; nefropati dan ‘hepatocellular adenoma’.

Pada masa ini, belum ada laporan mengenai produk-produk terbabit diimpot ke negara ini dan tidak dijumpai dijual di mana-mana pasaran tempatan. Dalam melindungi kesihatan orang ramai, Kementerian Kesihatan ingin menasihati orang ramai untuk tidak membeli atau menggunakan produk-produk tersebut.

Kementerian Kesihatan juga ingin mengingatkan bahawa ianya adalah satu kesalahan untuk mengimpot, menjual atau menawarkan untuk dijual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta Racun dan jika seseorang itu didapati bersalah, denda sebanyak $8000.00 atau penjara selama 6 bulan akan dikenakan.

Sesiapa yang ada memiliki produk-produk tersebut adalah dinasihati untuk memusnahkan atau menyerahkan produk-produk itu kepada Unit Penguatkuasaan Farmasi, Block 2G, Tingkat 8, Pusat Kesihatan BSB di Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan.
 

-TAMAT- 

Tarikh : 11 Jun 2008
 

English

The Ministry of Health, Brunei Darussalam wishes to inform the public that the following traditional medicines, health and cosmetic products have been recalled by the Drug Control Authorities in neighbouring countries.

  1. Zhong Hua Niu Bian was found to contain Sildenafil, Tadalafil, Glibenclamide and Sibutramine;
     

  2. Black Knight Liquid manufactured by Organic Gain Sdn Bhd, Malaysia was found to contain Sildenafil; and
     

  3. Ching Du Wan 300mg Capsules manufactured by Maxi Herbs Sdn Bhd, Malaysia was found to contain Chloramphenicol and Chlorpheniramine.

The following cosmetic products were found to contain Hydroquinone:

  1. Astringen Lanjutan manufactured by Amreena Enterprise, Malaysia:
     

  2. Skin Desires Deep Whitening Milk manufactured by Biotech Manufacturing, Malaysia;
     

  3. Skin Whitening Essence I and Skin Whitening Plus II manufactured by Christine Valmy Inc United States;
     

  4. Atika Beauty Skin Lightening Cream, Deep Skin White Plus, Sub Whitening Revitalizing Cream, Sub Instant White Cream, Herbarites Skin Whitening (Sensitive skin) manufactured by Chemi Lab Cosmetic Industries, Malaysia;
     

  5. Crystal White Night Cream manufactured by Yakin Invest Corporation Sdn Bhd, Malaysia;
     

  6. Crystal White Extra Night Cream manufactured by Sky Resources Sdn Bhd, Malaysia; and
     

  7. Golden Deer White Complex Cream manufactured by Re-X Products Co Ltd, Thailand

 

Both Sildenafil and Tadalafil are used in the treatment of male impotency and the drugs can interact with other medicines resulting in serious adverse effects such as lowering of blood pressure if used together with some anti-hypertensive drugs.

Glibenclamide
is an anti-diabetic agent and unsupervised ingestion may lead to nausea, vomiting, diarrheoa and low blood sugar level which could lead to unconsciousness which unsupervised ingestion of Sibutramine may lead to high blood pressure, heart palpitation and insomnia.

Long term consumption of Chloramphenicol may lead to nausea, vomiting, diarrhea and in severe cases blood disorders and aplastic anaemia while unsupervised ingestion of Chlorpheniramine may lead to dizziness, lowering of blood pressure, confusion, incoordination and drowsiness.

Hydroquinone
is a lightening agent which may only be prescribed by a doctor. Unsupervised topical use of Hydroquinone may cause skin irritation, reddening and burning of the skin, nephropathy and hepatocellular adenoma.

Although there is no record of import of the affected products in the country and the products were not found available for sale in the local market, in the interest of public safety, the ministry of Health would like to advise the public not to purchase or use any of the affected products.

The Ministry would also like to remind the public that it is an offence to import, sell or offer for sale any product containing a substance controlled under the Poisons Act and the penalty for such an offence, upon conviction is a fine of $8000.00 or imprisonment of 6 months.

Members of the public who have the affected products are advised to destroy or surrender them to the Pharmacy Enforcement Section, Block 2G, 8th Floor, BSB Health Centre in Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan. 

-END- 

Date : 11 June 2008
 
 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.