MAKLUMAT TERKINI MENGENAI DENGAN SUSU DAN
PRODUK TENUSU DARI NEGARA CHINA
Menyusul daripada siaran akhbar bertarikh 20 hb
dan 25 hb September 2008 berhubung dengan isu
susu dan produk tenusu dari Negara China yang
dicemar dengan bahan kimia “Melamine”,
Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam
ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai
maklumat terkini senarai susu dan produk tenusu
yang telahpun dicemari yang diperolehi dari
pihak “Information on Food Safety Authority
Networking (INFOSAN), Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) dan senarai produk yang didapati
dijual di Negara ini hasil dari pemantauan pihak
Kementerian Kesihatan (sila lihat lampiran).
Pihak Kementerian Kesihatan melalui Bahagian
Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan,
Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar, Jabatan
Perkhidmatan Kesihatan dan pejabat-pejabat
kesihatan di daerah-daerah sedang giat
menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke
pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai runcit bagi
mempastikan produk-produk berkenaan tidak ada
dalam pasaran. Para Pengimpot dan peniaga yang
terbabit adalah diarahkan untuk menghentikan
pengimpotan dan menarik balik kesemua
produk yang terlibat dengan serta merta.
Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan
juga memohon kerjasama orang ramai supaya
melaporkan ke Bahagian Kawalan Kualiti dan
Keselamatan Makanan dan Pejabat-Pejabat
Kesihatan Daerah yang berhampiran sekiranya
mereka mendapat produk-produk yang terbabit
masih dalam pasaran.
Kementerian ini juga ingin memaklumkan
sepertimana yang diperuntukkan di bawah Bab 9
ceraian (1) sub-perenggan (i) Akta Kesihatan
Awam (Makanan) (penggal 182) bahawa sesiapa
menyediakan, menjual atau mengimport makanan
yang boleh memudaratkan kesihatan boleh
dipenjara selama lima (5) tahun atau suatu denda
atau kedua-duanya sekali.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut
bolehlah menghubungi:
Bahagian Kawalan
Kualiti dan Keselamatan Makanan
Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian
Kesihatan
Jalan Delima Dua, Berakas
Nombor telefon: 2 331100 - 5/6/8/9/10
Nombor faksimili: 2 331107
Ataupun bolehlah melayarai laman web Kementerian
Kesihatan di
www.moh.gov.bn