Search this site

 

SITUASI TERKINI SIRI Ke 6 - INFLUENZA A (H1N1)
 

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa hasil daripada langkah-langkah pemantauan yang dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa, tiga orang penumpang telah dikesan mempunyai risiko jangkitan Influenza A (H1N1).

Penumpang-penumpang berkenaan adalah daripada satu penerbangan sewa khas (chartered flight), tiba pada lewat petang tadi dari United Kingdom yang mana merupakan salah satu daripada negara yang terjejas oleh Influenza A (H1N1). Sebagai langkah berwaspada penumpang-penumpang ini telah dibawa ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong, bagi pengasingan dan rawatan lanjut. Ujian awal yang telah dijalankan pada kes berkenaan telah menunjukkan negatif bagi jangkitan tersebut. Walaubagaimanapun, ujian makmal lanjut telah dihantar keluar negeri bagi pengesahan.

Berikutan dengan ini, kesemua penumpang yang lain bersama dengan anak kapal pesawat tersebut telah di kuarantin bagi tujuan pemantauan.

Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak merasa cemas kerana Kementerian ini akan sentiasa memantau keadaan dan telah mengambil langkah-langkah pencegahan bagi menangani Wabak Influenza A (H1N1) dari merebak.


-TAMAT-

Tarikh: 9 Jamadilawal 1430 / 4 Mei 2009
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.