Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) SIRI Ke 8 - YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN MENINJAU HOSPITAL PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, TUTONG
 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Kesihatan pagi ini membuat lawatan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong bagi meninjau dengan lebih dekat pelaksanaan langkahlangkah persiapan bagi rawatan dan pengurusan penyakit berjangkit, termasuk Influenza A (H1N1). Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong merupakan hospital pengasingan yang dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi bagi merawat sebarang kes.

Hospital ini mempunyai 139 katil dan dengan Wad Pengasingan sebanyak 17 buah katil, di mana 15 buah adalah bagi orang dewasa dan 2 katil bagi kanak-kanak. Unit khas ini juga di lengkapi dengan segala ubat-ubatan dan peralatan yang diperlukan.

Mengenai dengan 3 kes yang dilaporkan mempunyai risiko jangkitan Influenza A (H1N1), yang tiba di Negara ini pada 4 Mei 2009 melalui penerbangan sewa khas, mereka didapati negatif dari jangkitan Influenza A (H1N1). Kuarantin bagi penumpang-penumpang lain dari pesawat yang sama telah berakhir lewat petang kelmarin.


-TAMAT-

Tarikh: 11 Jamadilawal 1430 / 6 Mei 2009
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.