Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) SIRI Ke 13 - TAKLIMAT MENGENAI INFLUENZA A (H1N1) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
 

Dalam usaha Kementerian Kesihatan ke arah memberikan maklumat dan penerangan mengenai Influanza A (H1N1) bagi meningkatkan kefahaman kepada pengetua dan Guru Besar di sekolah-sekolah khususnya, dan kepada penuntut-penuntut sekolah amnya, satu taklimat telah diadakan pada hari ini. Taklimat ini merupakan usahasama di antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan. Penyebaran maklumat kepada orang ramai adalah penting dalam pelaksanaan Pelan Tindakan Siapsiaga Kementerian Kesihatan pada menangani wabak Influenza A (H1N1).

Taklimat Influenza A (H1N1) ini dihadiri oleh seramai 250 orang Pengetua dan Guru Besar sekolahsekolah di seluruh negara. Antara kandungan taklimat ialah definisi Influenza A (H1N1), situasi sejagat (Laporan terkini), situasi dalam negera iaitu langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Kesihatan serta langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk mencegah flu dan penyakitpenyakit pernafasan (respiratori). Sesi taklimat ini bertempat di Kementerian Pendidikan dan disampaikan oleh Dr Hajah Norhayati binti Haji Md Kassim, Pegawai Perubatan Kanan Bahagian Kesihatan, Ketua Pusat Promosi Kesihatan.

Cekera padat (CD), poster-poster dan risalah-risalah yang mengandungi maklumat mengenai Influenza A telah diaggihkan kepada Pengetua dan Guru Besar yang hadir.

Dengan adanya sesi taklimat berkenaan, diharapkan agar maklumat mengenai Influenza A (H1N1) akan dapat disalurkan kepada yang berkenaan dan seterusnya memberikan pengetahuan kepada penuntutpenuntut sekolah di seluruh negara dalam sama-sama mencegah penyakit dari merebak ke negara ini dan menjadikan negara ini bebas dari Influenza A (H1N1).

Masa kini, negara-negara yang disahkan terjejas (11 Mei 2009) ialah Argentina (1), Australia (1), Austria
(1), Brazil (6), China, Hong Kong Special Administrative Region (1), Colombia (1), Denmark (1), El Salvador (2), France (12), Germany (11), Guatemala (1), Ireland (1), Israel (7), Italy (9), Japan (4), Netherlands (3), New Zealand (7), Panama (3), Poland (1), Portugal (1), Republic of Korea (3), Spain (93), Sweden (1), Switzerland (1) ,the United Kingdom (39) dan Norway (2).

Maklumat terkini mengenai situasi penyakit yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan boleh dengan menghubungi talian Health Line – 145 atau layari laman web Kementerian Kesihatan melalui www.moh.gov.bn

 

-TAMAT-

Tarikh: 16 Jamadilawal 1430H / 11 Mei 2009 M

 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.