Search this site

 

INFLUENZA A (H1N1)  SIRI Ke 14 - MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN DAN MENANGANI INFLUENZA A (H1N1) NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan dan Menangani Influenza A (H1N1) berlangsung pagi ini di Kementerian Kesihatan, dengan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Kesihatan. Penubuhan Jawatankuasa ini bertujuan untuk memantau dan memberi panduan strategik bagi menghindarkan kemasukan wabak Influenza A (H1N1) ke negara ini. Dalam mesyuarat yang pertama ini, Jawatankuasa telah membincangkan mengenai keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil bagi mempertingkatkan usahasama bersepadu di antara semua agensi, bagi mempastikan negara ini terpelihara dari jangkitan Influenza A (H1N1).

Mesyuarat telah diberikan taklimat mengenai situasi terkini mengenai wabak Influenza A (H1N1) dan tindakan yang telah dan akan diambil oleh agensi-agensi yang berkenaan untuk menanganinya.

Antara bidang tugas Jawatankuasa ini ialah memantau perlaksanaan Pelan-Pelan Tindakan dan meningkatkan pemantauan terhadap jangkitan Influenza A (H1N1); memastikan sumber keperluan perubatan, rawatan, peralatan dan pencegahan yang mencukupi; membentuk strategi penyaluran dan penyebaran maklumat kepada orang ramai; meningkatkan kordinasi dan kerjasama antara agensi-agensi dalam meningkatkan kewaspadaan dan pencegahan; meningkatkan persiapan menangani wabak Influenza A (H1N1) berdasarkan kepada Brunei Darussalam National Pandemic Influenza Action Plan.
 

-TAMAT-

Tarikh: 19 Jamadilawal 1430 / 14 Mei 2009

 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.