Dalam usaha
Kementerian Kesihatan ke arah memberikan
maklumat dan penerangan mengenai Influenza A
(H1N1) bagi meningkatkan kefahaman kepada orang
ramai, dua taklimat akan diadakan pada hari ini.
Pada sesi sebelah pagi ianya akan dihadiri oleh
50 orang pegawaipegawai dan kakitangan Jabatan
Kastam dan Eksais Diraja. Manakala sesi taklimat
sebelah petang telah diadakan di Institut
Pengajian Tahfiz Al-Quran dan dihadiri oleh
seramai 250 orang Pengetua dan Guru Besar
maktab-maktab dan sekolah-sekolah di bawah
Jabatan Pengajian Islam. Taklimat ini merupakan
usahasama di antara Kementerian Kesihatan dengan
Jabatan Kastam serta Eksais Diraja, Jabatan
Perdana Menteri dan Jabatan Pengajian Islam,
Kementerian Hal Ehwal Ugama. Penyebaran maklumat
kepada orang ramai terutamanya pihak yang yang
berkenaan adalah penting dalam pelaksanaan Pelan
Tindakan Siapsiaga Kementerian Kesihatan pada
menangani wabak Influenza A (H1N1).
Antara kandungan taklimat ialah definisi
Influenza A (H1N1), situasi sejagat (Laporan
terkini), situasi dalam negera iaitu
langkah-langkah yang telah diambil oleh
Kementerian Kesihatan serta langkah-langkah
pencegahan yang boleh dilakukan untuk mencegah
flu dan penyakit-penyakit pernafasan (respiratori).
Sesi taklimat ini disampaikan oleh Dr Hajah
Norhayati binti Haji Md Kassim, Pegawai
Perubatan Kanan Bahagian Kesihatan, Ketua Pusat
Promosi Kesihatan. Cakera padat (CD),
poster-poster dan risalah-risalah yang
mengandungi maklumat mengenai Influenza A telah
diagihkan kepada peserta-peserta yang hadir
Dengan adanya sesi taklimat berkenaan,
diharapkan agar maklumat mengenai Influenza A
(H1N1) akan dapat disalurkan kepada yang
berkenaan dan seterusnya memberikan
pengetahuan kepada orang ramai di seluruh negara
dalam sama-sama mencegah penyakit dari merebak
ke negara ini dan menjadikan negara ini bebas
dari Influenza A (H1N1).
Masa kini, sebanyak
39 negara telah melaporkan mengenai wabak
tersebut iaitu Argentina (1), Australia (1),
Austria (1), Belgium (4), Brazil (8), China (5),
Colombia (11), Cuba (3), Denmark (1), Ecuador
(1), El Salvador (4), Finland (2), France (14),
Germany (14), Guatemala (3), India (1), Ireland
(1), Israel (7), Italy (9), Japan (7), Malaysia
(2), Netherlands (3), New Zealand (9), Norway
(2), Panama (54), Peru (1), Poland (1), Portugal
(1), Republic of Korea (3), Spain (103), Sweden
(3), Switzerland (1), Thailand (2), Turkey (1),
and the United Kingdom (82), Canada, Mexico,
Unites States of America dan Costa Rica.
Maklumat terkini mengenai situasi penyakit yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan boleh
diperolehi dengan menghubungi talian Health Line
– 145 atau layari laman web Kementerian
Kesihatan melalui
www.moh.gov.bn
-END-
Tarikh: 23
Jamadilawal 1430 / 18 Mei 2009