Dalam usaha
Kementerian Kesihatan ke arah penyebaran
maklumat yang meluas mengenai Influenza A (H1N1)
kepada orang ramai, pagi ini satu Penyerahan
Risalah Influenza A (H1N1) telah diadakan di
Pusat Memproses Mel, Berakas. Sebanyak 50,000
risalah berkenaan akan diagihkan rumah ke rumah
di seluruh negara melalui kerjasama Jabatan
Perkhidmatan Pos. Risalah ini mengandungi
maklumat mengenai 10 Langkah bagi Melindungi
Diri dan Fakta-Fakta yang Perlu Diketahui
Mengenai Influenza A (H1N1), dicetak dalam
Bahasa Melayu dan Inggeris. Yang Mulia Dr Hajah
Maslina binti Haji Mohsin, Pemangku Ketua
Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian
Kesihatan telah menyampaikan risalah Influenza A
(H1N1) kepada Yang Mulia Awang Haji Abdul Kadir
bin Tengah, Ketua Pos Agung, Jabatan
Perkhidmatan Pos, Kementerian Perhubungan.
Dengan pengagihan risalah ini, diharapkan agar
maklumat dan penerangan mengenai Influenza A
(H1N1) akan dapat disalurkan kepada orang ramai
dan seterusnya memberikan pengetahuan mereka
dalam sama-sama mencegah dan menangani penyakit
ini. Penyebaran maklumat kepada orang ramai
adalah penting dalam pelaksanaan Pelan Tindakan
Siapsiaga Kementerian Kesihatan pada menangani
wabak Influenza A (H1N1).
Setakat ini, Kementerian Kesihatan telah
mencetak sebanyak lebih dari 70,000 risalah
Influenza A (H1N1) (2 jenis) dan 8,000 poster (2
jenis) dan 40,000 nasihat kesihatan bagi
pengunjungpengunjung.
Masa kini, sebanyak
41 negara telah melaporkan mengenai wabak
tersebut iaitu Argentina (1), Australia (1),
Austria (1), Belgium (5), Brazil (8), Canada
(496), Chile (2), China (3), Colombia (11),
Costa Rica (9), Cuba (3), Denmark (1), Ecuador
(1), El Salvador (4), Finland (2), Germany (14),
Guatemala (3), Hong Kong (3), India (1), Ireland
(1), Israel (7), Italy (9), Japan (129),
Malaysia (2), Mexico (3103), Netherlands (3),
New Zealand (9), Norway (2), Panama (55),
Perancis (14), Peru (1), Poland (1), Portugal
(1), Republik Korea (3), Sepanyol (103), Sweden
(3), Switzerland (1), Thailand (2), Turkey (2)
dan United Kingdom (102), dan United States of
America (5123).
Maklumat terkini mengenai situasi penyakit yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan boleh
diperolehi dengan menghubungi talian Health Line
– 145 atau layari laman web Kementerian
Kesihatan melalui
www.moh.gov.bn.
-END-
Tarikh: 24
Jamadilawal 1430 / 19 Mei 2009