Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) SIRI KE 23 - NASIHAT KESIHATAN
 

Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan kepada orang ramai yang bercadang untuk melancong ke luar negeri, terutamanya pada musim cuti sekolah ini supaya menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas oleh Wabak Influenza A (H1N1), terutama sekali di mana ada berlaku penularan jangkitan manusia ke manusia di kalangan masyarakat setempat; seperti Amerika Syarikat, Mexico, Sepanyol, Chile, Kanada, Australia, Jepun dan United Kingdom, kecuali jika perjalanan itu diperlukan. Bagi mereka yang kurang sihat dan mengalami demam selesema, juga dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan hingga sembuh.

Bagi mereka yang mengidap simptom yang tersebut diatas dalam masa tujuh hari lalu setelah berkunjung ke negara yang telah terjejas oleh Influenza A (H1N1), adalah dinasihatkan supaya mengawasi kesihatan diri dengan rapi selama tujuh hari. Hubungi Bahagian Kawalan Penyakit di talian 2382023 untuk tujuan pemantauan kesihatan.

Tanda awal Influenza ialah demam panas, batuk, sakit tekak, hidung berair dan kadangkala kesesakan nafas beberapa hari kemudian. Jika seseorang mengamati tanda-tanda penyakit ini dan mengesyaki dirinya dijangkiti influenza, dapatkan rawatan perubatan seawal mungkin di Pusat-Pusat Kesihatan yang berdekatan. Maklumkan kepada doktor tempat yang telah dikunjungi dalam masa 2 minggu terdahulu, semasa pemeriksaan doctor berkenaan.

Orang ramai boleh membantu mencegah jangkitan pernafasan dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik, seperti berikut:

  • Cuci tangan kerap kali dengan menggunakan sabun dan air, dan mengeringkannya menggunakan tuala pakai buang atau alat pengering tangan.

  • Gunakan tisu tangan pakai buang yang mengandungi alkohol atau gel pembasmi kuman boleh digunakan jika tiada kemudahan mencuci tangan.

  • Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dan buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

  • Elakkan mendampingi orang yang mempunyai simptom influenza.

  • Elakkan mengunjungi tempat-tempat yang sesak.


-TAMAT-


Tarikh:  17 Jamadilakhir 1430 / 11 Jun 2009
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.