Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) SIRI KE 27 - BRUNEI DARUSSALAM MENGESAHKAN KES INFLUENZA A (H1N1) KE DUA


Bahasa Melayu

Kementerian Kesihatan telah mengesahkan seorang lagi warganegara Brunei Darussalam berumur 16 tahun dijangkiti Influenza A (H1N1). Kes kedua ini telah pergi ke Singapura pada 12 Jun 2009 dan pulang ke tanah air pada 18 Jun 2009. Pesakit berkenaan tidak mempunyai sebarang tanda-tanda penyakit semasa di dalam penerbangan dan semasa tiba di negara ini. Pesakit ini hanya mula mempunyai tanda-tanda penyakit pada 19 Jun 2009 dan telah pergi mendapatkan rawatan di Perkhidmatan Pesakit Luar, Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan di Jalan Ong Sum Ping pada 20 Jun 2009. Pada masa ini, pesakit berkenaan sedang dirawat di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong dan berada di dalam keadaan yang tidak membimbangkan. Pihak Kementerian Kesihatan sedang berusaha menghubungi kontak-kontak terdekat pesakit ini dan mereka yang berisiko akan menjalani kuarantin.

Oleh kerana pesakit ini hanya mula mempunyai tanda-tanda penyakit lebih dari 12 jam setelah tiba di Negara Brunei Darussalam, maka pihak Kementerian Kesihatan tidak akan menghubungi semua penumpang di dalam penerbangan BI0422 yang tiba dari Singapura pada 18 Jun 2009. Langkah ini adalah disebabkan risiko jangkitan dari pesakit ini kepada penumpang lain pada ketika itu adalah sangat rendah. Walau bagaimanapun, mereka yang baru tiba dari negara-negara yang terlibat adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan sekiranya mempunyai tanda-tanda penyakit Influenza A (H1N1).

Sementara itu, kes pertama Influenza A (H1N1) yang dilaporkan sebelum ini, adalah dalam keadaan semakin pulih dan masih dirawat di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Kontak-kontak terdekat pesakit ini telah dikenalpasti dan sedang menjalani kuarantin.

Berikutan daripada kes-kes ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak akan berasa cemas dan bimbang. Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan menekankan pentingnya orang ramai supaya seboleh-bolehnya mengelakkan atau menangguhkan perjalanan terutamanya ke kawasan-kawasan terjejas. Kementerian Kesihatan juga ingin memberikan peringatan bahawa suntikan Influenza Bermusim yang boleh didapati pada masa ini tidak memberikan perlindungan kepada jangkitan Influenza A (H1N1).

Dalam pada itu, orang ramai yang baru kembali dari luar negeri dan mempunyai tanda-tanda penyakit adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan. Mereka juga dinasihatkan supaya sebaik-baiknya berehat di rumah dan mengelak dari mengunjungi tempat-tempat dan perhimpunan awam. Orang ramai seterusnya diperingatkan untuk mengambil langkah-langkah kewaspadaan dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik, terutama sekali semasa berkunjung ke negara-negara lain.

 

-TAMAT-

Tarikh : 27 Jamadilakhir/ 21 Jun 2009


English

Situation update Influenza A (H1N1) No 27 - Brunei Darussalam confirms second case of Influenza

The Ministry of Health has confirmed another case of Influenza A (H1N1). This second case, a Bruneian aged 16 years, went to Singapore on 12 June 2009 and returned home on 18 June 2009. She was well on the flight home and on arrival to the country. The patient only started to develop symptoms on 19 June 2009 and went to seek medical treatment at the Outpatient Services, Bandar Seri Begawan Health Centre, Jalan Ong Sum Ping on 20 June 2009. The patient is currently under treatment at the Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital, Tutong and is in good condition. The Ministry of Health is tracing all contacts and will quarantine those at risk.

As the patients only started to develop symptoms 12 hours after arriving in the country, the Ministry of Health will not be contacting passengers on flight BI0422 which arrived from Singapore on 18 June 2009. This is due to the minimal risk of infection to other passengers at that time. However, those who have recently arrived from affected countries are advised to seek medical attention if they develop symptoms of Influenza A (H1N1).

Meanwhile, the first local case of Influenza A (H1N1) as reported previously, is improving and still under treatment at the Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital. All contacts of this case have been identified and are currently under quarantine.

The Ministry of Health is advising the public not to be alarmed and worried. Meanwhile, the Ministry of Health is emphasizing the need for the public to avoid or delay their trips to affected areas, if possible. The Ministry of Health would also like to remind the public that the seasonal influenza vaccine, currently available in the country, does not protect against Influenza A (H1N1).

Members of the public who have developed symptoms and who have recently returned from overseas trip are advised to urgently seek medical attention. They are also advised to stay at home and to avoid crowded places. The public are also reminded to take precautions by practicing good personal hygiene, especially when visiting other countries.
 

-END-

Dated: 27 Jamadilakhir/ 21 June 2009

 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.