Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) SIRI Ke 28 - EMPAT LAGI KES BARU INFLUENZA A (H1N1) DISAHKAN DI BRUNEI DARUSSALAM


Bahasa Melayu

Kementerian Kesihatan hari ini, melaporkan empat kes terbaru yang disahkan jangkitan Influenza A (H1N1), menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak enam kes. Semua kes ini melibatkan warganegara Brunei Darussalam.

Kes ketiga melibatkan seorang remaja lelaki berumur 18 tahun yang merupakan salah seorang kontak bagi kes pertama dilaporkan sebelum ini. Pesakit ini mula mempunyai tanda-tanda penyakit pada 21 Jun 2009.

Kes keempat adalah seorang penuntut lelaki berumur 20 tahun yang sedang menuntut di United Kingdom. Pesakit ini telah kembali ke tanah air pada 18 Jun 2009 dan mula mempunyai tanda-tanda penyakit pada 21 Jun 2009.

Kes kelima merupakan seorang remaja perempuan berumur 13 tahun yang telah pergi bercuti ke Kuala Lumpur, Malaysia bersama keluarganya pada 16 Jun 2009. Kesemua mereka ini mempunyai tanda-tanda penyakit semasa pulang ke tanah air pada 19 Jun 2009. Kes keenam adalah adik kepada kes kelima, seorang budak lelaki berumur 11 tahun.

Kesemua pesakit sedang dirawat di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong dan berada di dalam keadaan yang baik. Pihak Kementerian Kesihatan sedang berusaha menghubungi kontak-kontak terdekat pesakit-pesakit ini dan mereka yang berisiko akan menjalani kuarantin.

Berikutan peningkatan kes-kes Influenza A (H1N1) ini, Kementerian Kesihatan terus menasihatkan orang ramai supaya tidak akan berasa cemas dan bimbang. Dalam pada itu, orang ramai perlu memberikan kerjasama dengan mematuhi nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan seperti:

  • Mengelakkan atau menangguhkan perjalanan terutamanya ke kawasan-kawasan yang terjejas.

  • Segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan sekiranya mempunyai tanda-tanda penyakit terutamanya jika baru kembali dari luar negeri.

  • Mengurangkan aktiviti-aktiviti dan interaksi sosial (“social interaction”) di khalayak ramai selama tujuh hari selepas pulang dari luar negeri.

  • Mengambil langkah-langkah kewaspadaan dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik, terutama sekali semasa berkunjung ke negara-negara lain.
     

-TAMAT-

Tarikh : 28 Jamadilakhir/ 22 Jun 2009 


English

SITUATIONAL UPDATE INFLUENZA A (H1N1) NO 28 - FOUR NEW CASES OF INFLUENZA A (H1N1) CONFIRMED IN BRUNEI DARUSSALAM
 

The Ministry of Health confirmed four new cases of Influenza A (H1N1) today, bringing the total number to six cases. All of these cases are Brunei citizens.

The third case is an 18-year old male who was one of the contacts of the first case reported previously. The patient started to develop symptoms on 21 June 2009.

The fourth case is a 20-year old male studying in the United Kingdom. This patient returned to Brunei on 18 June 2009 and developed symptoms on 21 June 2009.

The fifth case is a 13-year old female who went on holiday with her family to Kuala Lumpur, Malaysia on 16 June 2009. All family members were having symptoms when they arrived back in the country on 19 June 2009. The sixth case is a brother of the fifth case, aged 11 years, who was also travelling in the group.

All the cases are currently undergoing treatment at the Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital, Tutong and are in good conditions. The Ministry of Health is currently tracing all contacts and will quarantine those at risk.

Following the increase in the number of Influenza A (H1N1) cases, the Ministry of Health continues to advise the public not to be alarmed and worried. The public are also required to cooperate and comply with the following health advices:

  • To avoid or delay travel to affected areas.

  • To seek immediate medical attention if they develop symptoms following travel from affected areas.

  • To reduce social activities and interactions for seven days after returning from overseas.

  • To take precautions by practicing good personal hygiene, especially when visiting other countries.
     

-END-

Dated: 28 Jamadilakhir / 22 June 2009 

 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.