Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) SIRI KE 30 - EMPAT KES TERBARU INFLUENZA A (H1N1)
 

Sejak laporan terakhir dikeluarkan, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan empat lagi kes tebaru Influenza A (H1N1) yang membawa jumlah keseluruhan di negara ini kepada 11 kes.

Kes ke 8 melibatkan seorang wanita berumur 23 tahun yang mula mendapat tanda-tanda penyakit pada 18 Jun 2009. Pesakit ini telah pergi ke Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 Jun 2009 dan pulang ke tanah air pada 15 Jun 2009.

Kes ke 9 ialah seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun yang baru pulang daripada melawat negeri Johor, Malaysia pada 19 Jun 2009. Kanak-kanak ini mula menunjukkan tanda-tanda penyakit pada 22 Jun 2009.

Kes ke 10 dan ke 11 adalah merupakan kontak terdekat kes ke 4. Kes ke 10 ialah seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun yang mula mempunyai tanda-tanda penyakit pada 23 Jun 2009. Kes ke 11 adalah seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun yang mula menunjukkan tanda-tanda penyakit pada 22 Jun 2009.

Kesemua pesakit ini, termasuk 7 pesakit Influenza A (H1N1) yang dilaporkan sebelumnya adalah dalam keadaan yang baik dan masih menjalani rawatan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan berserta dengan agensi-agensi yang terlibat, akan terus mempertingkatkan usaha untuk mengawal penyakit ini. Di antara langkah-langkah tersebut ialah:

  • Menggalakkan pengurangan aktiviti-aktiviti dan interaksi sosial secara sukarela selama 7 hari bagi mereka yang baru pulang dari luar negeri.

  • Menghadkan penghantaran pegawai dan kakitangan ke luar negeri bagi menghadiri latihan dan mesyuarat.

  • Memastikan pusat-pusat kurantin sentiasa mencukupi dan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.

  • Akan memulakan pemeriksaan suhu badan di kalangan penuntut-penuntut sekolah di negara ini apabila penggal persekolahan yang baru bermula.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan terus menasihatkan orang ramai untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan sekiranya mempunyai tanda-tanda penyakit terutamanya jika baru kembali dari luar negeri.

-TAMAT-

Tarikh : 1 Rejab 1430 / 24 Jun 2009  

 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.