Dalam usaha bagi memantau dan menangani
Influenza A (H1N1), Kementerian Kesihatan hari
ini memberikan sebanyak 1,000 thermometer dan
10,000 mask kepada pihak sekolah-sekolah di
seluruh negara. Disamping itu taklimat kepada
pengetua dan guru besar diadakan untuk
meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang
jangkitan Influenza A (H1N1) terutamanya
langkah-langkah pemantauan dan pencegahan.
Penyerahan perbekalan tersebut telah
disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji
Abd Salam bin Abd Momin, Setiausaha Tetap
Kementerian Kesihatan kepada Yang Mulia Awang
Haji Mohd Daud bin Hj Mahmud, Setiusaha Tetap
Kementerian Pendidikan dan Yang Mulia Awang Haji
Ismail bin Hj Abd Manap, Pemangku Setiausaha
Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Thermometer berkenaan adalah untuk kegunaan para
guru-guru memeriksa suhu badan semua
penuntut-penuntut sebelum masuk ke kawasan
sekolah atau sebelum memulakan kelas. Jika
terdapat penuntut yang mempunyai tanda-tanda
penyakit batuk selesma atau demam panas,
guru-guru akan:
-
Memakaikan mask/penutup mulut kepada
penuntut yang sakit
-
Ibu-bapa atau penjaga penuntut akan
dihubungi untuk membawa anak mereka bagi
mendapatkan rawata segera di pusat-pusat
kesihatan yang berdekatan
-
Menasihati Ibu-bapa untuk tidak menghantar
anak-anak mereka ke sekolah, jika mempunyai
tanda-tanda penyakit demam panas dan batuk
selsema.
Antara kandungan taklimat ialah mengenai
Influenza A (H1N1), situasi sejagat (Laporan
terkini), situasi dalam negera, penekanan
kebersihan diri dan kebersihan di persekitaran
sekolah, pengamalan mencuci tangan dan cara
penggunaan thermometer.
Dalam pada itu, orang ramai perlu memberikan
kerjasama dengan mematuhi nasihat-nasihat
Kementerian Kesihatan seperti:
-
Mengelakkan atau menangguhkan perjalanan
terutamanya ke kawasan-kawasan yang terjejas.
Segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan
kesihatan sekiranya mempunyai tanda-tanda
penyakit, terutamanya jika baru kembali dari
luar negeri.
-
Mengurangkan aktiviti-aktiviti dan interaksi
sosial (“social interaction”) di khalayak
ramai selama tujuh hari selepas pulang dari
luar negeri.
-
Mengambil langkah-langkah kewaspadaan dengan
mengamalkan kebersihan diri yang baik,
terutama sekali semasa berkunjung ke
negara-negara lain.
-TAMAT-
Tarikh : 2
Rejab 1430/ 25 Jun 2009
|