Bahasa Melayu
Tujuh lagi kes terbaru Influenza A (H1N1) telah
disahkan hari ini oleh Kementerian Kesihatan dan
menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini
kepada 18 kes:
-
Kes ke 12 melibatkan kanak-kanak lelaki
berumur 6 tahun, yang tiba ke negara ini
pada 22 Jun 2009 setelah berkunjung ke Kuala
Lumpur, Malaysia.
-
Kes ke 13 ialah seorang kanak-kanak
perempuan berumur 14 tahun, merupakan kontak
terdekat kes ke 8.
-
Kes ke 14 melibatkan seorang lelaki berumur
23 tahun iaitu merupakan kontak bagi kes ke
1.
-
Kes ke 15 ialah seorang lelaki warga asing
berumur 20 tahun. Pesakit singgah ke negara
ini dari London dengan menggunakan
penerbangan BI098 pada 24 June 2009 dalam
perjalanan ke Kuala Lumpur. Pesakit
mempunyai tanda-tanda penyakit ketika tiba
di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas.
Sebagai langkah berwaspada,
penumpang-penumpang dalam penerbangan yang
sama dan duduk sebaris, 3 baris di depan dan
3 baris di belakang pesakit sedang
dikenalpasti dan akan dihubungi.
-
Kes ke 16 adalah seorang perempuan berumur
19 tahun yang merupakan kontak kepada kes ke
4
-
Kes ke 17 dan kes ke 18 merupakan kontak
terdekat kepada kes ke 3. Kes ke 17 ialah
seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 11
tahun. Kes ke 18 berumur 14 tahun dan adalah
abang kepada kes ke 17.
Kesemua pesakit tersebut sedang menjalani
rawatan dan berada dalam keadaan baik. Dari
jumlah 18 kes ini, 10 dari mereka telah
dijangkiti virus Influenza A (H1N1) semasa
berada di luar negeri. Sementara itu, 8 kes yang
lain adalah kontak terdekat dari kes-kes 10
diatas.
Dalam pada itu, kes pertama Influenza A (H1N1)
yang terdahulu dilaporkan telahpun sembuh dan
dikeluarkan daripada Hospital Pengiran Muda
Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah,
Tutong pada hari ini. Sebelum dikeluarkan dari
hospital berkenaan, kes pertama telah menjalani
ujian-ujian bagi mempastikan bahawa pesakit
berkenaan adalah dalam keadaan sihat dan bebas
dari jangkitan virus Influenza A (H1N1).
Sekali lagi, Kementerian Kesihatan menasihatkan
orang ramai yang baru pulang dari luar negara
supaya akan mengurangkan aktiviti-aktiviti dan
interaksi sosial secara sukarela selama 7 hari.
Mereka juga dinasihatkan untuk memantau
kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan segera,
jika menghidap simptom-simptom penyakit.
Disamping itu, langkah-langkah kewaspadaan perlu
diambil dengan mengamalkan kebersihan diri yang
baik pada setiap masa.
-TAMAT-
Tarikh : 2 Rejab
1430 / 25 Jun 2009
English
SITUATIONAL UPDATE INFLUENZA A (H1N1) NO 32 - 7
NEW CASES OF INFLUENZA A (H1N1)
The Ministry of Health has confirmed seven new
cases of Influenza A (H1N1), bringing the total
in the country to 18 cases:
-
The 12th case involves a 6-year-old boy who
returned to Brunei Darussalam on 22nd June
2009, after visiting Kuala Lumpur, Malaysia.
-
The 13th case is a 14 year-old girl who is a
close contact of 8th case.
-
The 14th case is a 23 year-old male who is a
close contact of the 1st case.
-
The 15th case is a foreign national aged 20
years who arrived in Brunei Darussalam from
London on BI098 on the 24th June 2009 in
transit to Kuala Lumpur. The patient has
symptoms on arrival at Brunei International
Airport Berakas. As a precautionary measures
passengers on the same flights sitting on
the same row as well as the 3 rows back and
3 rows front are being identified and will
be contacted accordingly.
-
The 16th case is a 19 year old female who is
a close contact of Case 4.
-
The 17th and 18th cases are close contacts
and brothers to Case 3. Case 17 is 11 years
old whilst Case 18 is 17 years old.
All cases are currently receiving treatment and
are in good condition. Of the 18 cases confirmed
to date, 10 of the cases had a history of
overseas travel. The remaining 8 cases were
close contacts of the 10 cases mentioned above.
Meanwhile, the first confirmed case of Influenza
A (H1N1) previously reported has recovered and
discharged from Pengiran Muda Mahkota Pengiran
Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital, Tutong
today. Prior to discharge from the hospital,
this first case has undergone tests to ensure
that the patient is well and free of Influenza A
(H1N1) infection.
Once again, Ministry of Health continues to
advise the public who has recently returned from
overseas trip to voluntarily reduce social
activities and interactions for 7 days. Members
of the public are also advised to monitor their
health and seek immediate medical attention if
they develop symptoms. Precautionary steps by
practicing good personal hygiene should be
practiced at all times.
-END-
Dated:2 Rejab 1430 / 25 June 2009
|