Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) SIRI KE 33 - DUA KES TERBARU INFLUENZA A (H1N1)

Bahasa Melayu

Dua lagi kes terbaru Influenza A (H1N1) telah disahkan hari ini oleh Kementerian Kesihatan dan menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 20 kes.

  • Kes ke 19 melibatkan seorang lelaki Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam berumur 47 tahun, yang telah pergi ke Kuala Lumpur pada 19 Jun 2009. Pesakit kembali ke negara ini pada 22 Jun 2009 melalui Miri dengan menaiki penerbangan AK5186. Pada 25 Jun 2009 pesakit mendapatkan rawatan dan ujian makmal disahkan positif pada 26 Jun 2009. Pada masa ini pesakit sedang menjalani rawatan dan berada dalam keadaan yang baik.'

  • Kes ke 20 ialah seorang perempuan berumur 18 tahun yang telah pergi ke Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada 23 Jun 2009 dengan menggunakan kereta dan balik ke negara ini pada 25 Jun 2009. Pesakit mengalami simptom-simptom penyakit pada hari yang sama dan ujian makmal disahkan positif pada 26 Jun 2009. Pada masa ini pesakit adalah dalam keadaan baik dan menjalani rawatan.

Dari jumlah 20 kes ini, 12 dari mereka telah dijangkiti virus Influenza A (H1N1) semasa berada di luar negeri. Manakala itu, 8 kes yang lain adalah kontak terdekat dari kes-kes sebelumnya.

Sementara itu, empat lagi pesakit Influenza A (H1N1) yang terdahulu dilaporkan telahpun sembuh dan dikeluarkan daripada Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong. Seperti lazimnya, kes-kes berkenaan telah menjalani ujian ulangan bagi mempastikan bahawa mereka adalah dalam keadaan sihat dan bebas dari jangkitan virus Influenza A (H1N1), sebelum dikeluarkan dari hospital berkenaan.

Sekali lagi, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai yang baru pulang dari luar negara supaya akan mengurangkan aktiviti-aktiviti dan interaksi sosial secara sukarela selama 7 hari. Mereka juga dinasihatkan untuk memantau kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan segera, jika menghidap simptom-simptom penyakit. Disamping itu, langkah-langkah kewaspadaan perlu diambil dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik pada setiap masa.


 

-TAMAT-

Tarikh : 3 Rejab 1430 / 26 Jun 2009  


English

SITUATIONAL UPDATE INFLUENZA A (H1N1) NO. 33 - 2 NEW CASES OF INFLUENZA A (H1N1)
 

The Ministry of Health has confirmed 2 new cases of Influenza A (H1N1), bringing the total in the country to 20 cases.

  • The 19th case involves a 47-year-old male, Permanent Resident of Brunei Darussalam, who went to Kuala Lumpur on the 19th June 2009. The patient returned to Brunei Darussalam on the 22nd June 2009 via Miri on the AK5186 flight. On the 25th June 2009 the patient seek medical attention and laboratory test confirmed positive on the 26th June 2009. The patient is currently undergoing treatment and is in good condition.

  • The 20th case is an 18-year-old female who went to Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia by car on the 23rd June 2009 and returned to Brunei Darussalam on 25th June 2009. The patient developed symptoms on the day of return and seek medical attention. The laboratory test was confirmed positive on the 26th June 2009. The patient is currently undergoing treatment and is in good condition.

Of the 20 cases confirmed to date, 12 of the cases had a history of overseas travel. The remaining 8 cases were close contacts of the previous cases.

Meanwhile, four confirmed cases of Influenza A (H1N1) previously reported has recovered and discharged from Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital, Tutong. Prior to discharge from the hospital, the cases had undergone tests to ensure that they are well and free of Influenza A (H1N1) infection.

Once again, Ministry of Health continues to advise the public who has recently returned from overseas trip to voluntarily reduce social activities and interactions for 7 days. Members of the public are also advised to monitor their health and seek immediate medical attention if they develop symptoms. Precautionary steps by practicing good personal hygiene should be practiced at all times.
 



-END-

Dated: 3 Rejab 1430 / 26 June 2009  


 

 
 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.