Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) SIRI KE 34 - LIMA KES TERBARU INFLUENZA A (H1N1)

Bahasa Melayu

Lima lagi kes terbaru Influenza A (H1N1) telah disahkan hari ini oleh Kementerian Kesihatan dan menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 25 kes.

  • Kes ke 21 melibatkan seorang perempuan berumur 28 tahun, yang tiba ke negara ini pada 23 Jun 2009 setelah berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia bersama keluarga dengan menggunakan kereta. Sebelum itu, pesakit juga baru pulang dari Dubai pada 22 June 2009.

  • Kes ke 22 ialah seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun yang pergi ke Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia bersama keluarga dengan menggunakan kereta dan balik ke negara ini pada 22 Jun 2009. Pesakit menunjukan tanda-tanda penyakit pada 25 June 2009 dan mendapatkan rawatan pada hari yang sama.

  • Kes ke 23 ialah lelaki berumur 22 tahun dan kes ke 24 ialah lelaki berumur 35 tahun. Kedua pesakit merupakan penumpang-penumpang dalam penerbangan BI089 yang tiba di negara ini pada 24 June 2009 dari United Kingdom, London melalui Dubai.

  • Kes ke 25 ialah seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun yang merupakan kontak kepada kes ke 19. Pesakit mempunyai tanda penyakit pada 26 Jun 2009 dan disahkan mempunyai penyakit Influenza A (H1N1) pada hari yang sama.

Buat sementara ini, tidak ada pesakit yang dikeluarkan daripada kurantin dan kesemua pesakit masih menjalani rawatan dan berada dalam keadaan baik.

Sekali lagi, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai yang baru pulang dari luar negara supaya akan mengurangkan aktiviti-aktiviti dan interaksi sosial secara sukarela selama 7 hari. Mereka juga dinasihatkan untuk memantau kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan segera, jika menghidap simptom-simptom penyakit. Disamping itu, langkah-langkah kewaspadaan perlu diambil dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik pada setiap masa.
 

JUMLAH PESAKIT INFLUENZA A (H1N1) DARI 20 JUN 2009 HINGGA 27 JUN 2009

PECAHAN PESAKIT-PESAKIT MENGIKUT UMUR

 

-TAMAT-

Tarikh : 4 Rejab 1430 / 27 Jun 2009  



 


English

SITUATIONAL UPDATE INFLUENZA A (H1N1) NO 34 - 5 NEW CASES OF INFLUENZA A (H1N1)
 

The Ministry of Health has confirmed seven new cases of Influenza A (H1N1), bringing the total in the country to 25 cases.

  • The 21st case involves a 28-year-old female who arrived in Brunei Darussalam on 23rd June 2009, after visiting Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia together with her family. Previously, the patient also just arrived from Dubai on the 22nd June 2009.

  • The 22nd case is a 13 year-old girl who went to Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia with her family and arrived in Brunei Darussalam on 22nd June 2009. The patient developed symptoms on the 25th June 2009 and seek medical attention on the same day.

  • The 23rd case is a 22-year-old male and the 24th case is a 35-year-old male. Both patients are passengers on the flight BI089 which arrived in Brunei Darussalam on the 24th June 2009 from the United Kingdom, London, via Dubai.

  • The 25th case is a 12-year-old girl who is a close contact of case 19. The patient shows symptoms on the 26th June 2009 and was confirmed to be infected with Influenza A (H1N1) on the same day.

Currently there are no patients discharged from quarantine and all patients are still undergoing treatment and are in good condition.

Once again, Ministry of Health continues to advise the public who has recently returned from overseas trip to voluntarily reduce social activities and interactions for 7 days. Members of the public are also advised to monitor their health and seek immediate medical attention if they develop symptoms. Precautionary steps by practicing good personal hygiene should be practiced at all times.
 

TOTAL NUMBER OF INFLUENZA A (H1N1) PATIENTS
FROM 20 JUNE 2009 27 JUNE 2009

INFLUENZA A (H1N1) PATIENTS IN AGE GROUP



-END-
 

Dated: 4 Rejab 1430 / 27 June 2009 
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.