Bahasa Melayu
Empat lagi kes terbaru Influenza A (H1N1) telah
disahkan hari ini oleh Kementerian Kesihatan dan
menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini
kepada 29 kes.
-
Kes ke 26 ialah perempuan berumur 18 tahun
dan kes ke 27 juga perempuan berumur 17
tahun. Kedua-dua pesakit adakah merupakan
adik-beradik tiba ke negara ini pada 24 Jun
2009 setelah berkunjung ke London melalui
Dubai dengan menggunakan penerbangan BI098.
Mereka menunjukkan tanda-tanda penyakit pada
26 Jun 2009 dan mendapatkan rawatan pada
keesokkannya.
-
Kes ke 28 ialah seorang perempuan berumur 38
tahun dan kes ke 29 ialah anak damit berumur
3 tahun. Kedua-dua pesakit berkenaan adalah
kontak kepada kes ke 24 (iaitu seorang
penumpang lelaki berumur 35 tahun dalam
penerbangan BI098 yang tiba di negara ini
pada 24 Jun 2009 dari London melalui Dubai).
Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga
memaklumkan bahawa lima lagi pesakit Influenza A
(H1N1) yang dilaporkan sebelum ini telahpun
sembuh dan dikeluarkan daripada Hospital
Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee
Billah, Tutong. Ini menjadikan jumlah
keseluruhan kes-kes yang telah sembuh dan keluar
dari hospital berkenaan seramai sepuluh (10)
orang.
Kementerian Kesihatan juga memaklumkan dari 29
kes yang telah disahkan juga melibatkan seramai
209 kontak terdekat yang perlu dikurantin selama
7 hari. Kontak-kontak tersebut tidak mempunyai
simptom penyakit. Walau bagaimanapun, oleh sebab
pendedahan kepada kes, mereka perlu diasingkan
dan telahpun diberikan rawatan tamiflu sebagai
pencegah. Kebanyakkan dari mereka ini sedang
dikurantin di rumah masing-masing.
Kementerian Kesihatan sekali lagi menasihatkan
orang ramai yang baru pulang dari luar negara
supaya akan mengurangkan aktiviti-aktiviti dan
interaksi sosial secara sukarela selama 7 hari.
Mereka juga dinasihatkan untuk memantau
kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan segera,
jika menghidap simptom-simptom penyakit.
Disamping itu, langkah-langkah kewaspadaan perlu
diambil dengan mengamalkan kebersihan diri yang
baik pada setiap masa. Untuk sebarang pertanyaan
dan makluman, orang ramai bolehlah menghubungi
talian 145 pada waktu bekerja dan 8220991 pada
waktu bukan bekerja.
-TAMAT-
Tarikh : 5 Rejab
1430 / 28 Jun 2009
English
SITUATIONAL UPDATE INFLUENZA A (H1N1) NO. 35 - 4
NEW CASES OF INFLUENZA A (H1N1)
The Ministry of Health has confirmed four new
cases of Influenza A (H1N1), bringing the total
in the country to 29 cases.
-
The 26th case is an 18-year-old female and
the 27th case is a 17-year-old female. Both
patients who are siblings were passengers on
the flight BI098 which arrived in Brunei
Darussalam on the 24th June 2009 from
London, via Dubai. They developed symptoms
on the 26 June 2009 and seek treatment the
following day.
-
The 28th case is a 38-year-old female and
the 29th case is a 3-year-old female. Both
are contacts to case 24 (ie. a 35-year-old
male passenger on the flight BI089 which
arrived in Brunei Darussalam on the 24th
June 2009 from the United Kingdom, London,
via Dubai).
Meanwhile, five confirmed cases of Influenza A
(H1N1) previously reported has recovered and
discharged from Pengiran Muda Mahkota Pengiran
Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital, Tutong.
This brings the total number of patients that
has recovered and discharged to ten (10)
patients.
The Ministry of Health wishes to inform the
public, out of the 29 confirmed cases, a total
number of 209 close contacts needs to be
quarantined for 7 days. These contacts do not
have symptoms. However due to their exposure to
the cases needs to be isolated and given tamiflu
for preventive treatment. Majority of these
contacts are quarantined in their own respective
homes.
Once again, Ministry of Health continues to
advise the public who has recently returned from
overseas trip to voluntarily reduce social
activities and interactions for 7 days. Members
of the public are also advised to monitor their
health and seek immediate medical attention if
they develop symptoms. Precautionary steps by
practicing good personal hygiene should be
practiced at all times. For further inqueries
and information, the public can contact the
healthline 145 during office hours and 8220991
during none working hours.
-END-
Dated: 5 Rejab 1430 / 28 June 2009
|