Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) SIRI KE 36 - TIGA KES TERBARU INFLUENZA A (H1N1)

Bahasa Melayu

Tiga lagi kes terbaru Influenza A (H1N1) telah disahkan hari ini oleh Kementerian Kesihatan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 32 kes.

  • Kes ke 30 ialah seorang perempuan berumur 51 tahun. Pesakit menunjukkan tanda-tanda penyakit pada 26 Jun 2009 dan mendapatkan rawatan pada keesokkannya di Hospital berdekatan.

  • Kes ke 31 ialah seorang perempuan berumur 25 tahun. Pesakit menunjukkan tanda-tanda penyakit pada 28 Jun 2009 dan mendapatkan rawatan pada hari yang sama.

  • Kes ke 32 melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun dan merupakan kontak terdekat kepada kes ke 30.

Ketiga-tiga pesakit tersebut sedang menjalani rawatan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong dan berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa empat lagi pesakit Influenza A (H1N1) yang dilaporkan sebelum ini telahpun sembuh dan dikeluarkan daripada Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes-kes yang telah sembuh dan keluar dari hospital berkenaan seramai empat belas (14) orang.

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan dari 32 kes yang telah disahkan juga melibatkan seramai 216 kontak terdekat yang perlu dikurantin selama 7 hari. Dari jumlah tersebut, seramai 29 kontak telah dibenarkan pulang. Walau bagaimana pun, kontak-kontak tersebut tidak mempunyai simptom penyakit. Oleh sebab pendedahan kepada kes, mereka perlu diasingkan dan telahpun diberikan rawatan tamiflu sebagai pencegah. Kebanyakkan dari mereka ini sedang dikuarantin di rumah masing-masing.

Demi untuk keselamatan orang ramai, Kementerian Kesihatan menasihatkan mereka yang baru pulang dari negara-negara yang terjejas seperti Australia, Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, Kanada, Malaysia, Singapura, Thailand, United Kingdom dan lainnya dalam masa 7 hari yang lepas dan mempunyai simptom penyakit, supaya terus berjumpa doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital.

Bagi mereka yang menghidap demam, adalah dinasihatkan untuk mengelakkan daripada mengunjungi tempat-tempat yang sesak seperti:

  • Tempat-tempat keramaian

  • Pusat membeli-belah

  • Pasar-pasar

  • Gerai-gerai

  • Restoran

  • Panggung wayang

  • Kolam renang dan lainnya.

Untuk sebarang pertanyaan dan makluman, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja dan 8220991 pada waktu luar kerja.

 

-TAMAT-

Tarikh : 6 Rejab 1430 / 29 Jun 2009



 


English

SITUATIONAL UPDATE INFLUENZA A (H1N1) NO. 36 - 3 NEW CASES OF INFLUENZA A (H1N1)
 

The Ministry of Health has confirmed three new cases of Influenza A (H1N1), bringing the total in the country to 32 cases.

  • The 30th case is a 51-year-old female. She developed symptoms on the 26 June 2009 and sought treatment the following day at the Suri Seri Begawan Hospital, Kuala Belait.

  • The 31st case is a 25-year-old female. She developed symptoms on the 28 June 2009 and sought treatment on the same day at the Department of Accident and Emergency, RIPAS Hospital.

  • The 32nd case is a 9-year-old male, who is a close contact of case 30.

These three cases are undergoing treatment at the Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital, Tutong and are recovering.

Meanwhile, four confirmed cases of Influenza A (H1N1) previously reported, have recovered and subsequently discharged from the Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Hospital, Tutong. This brings the total number of patients that have recovered and been discharged to fourteen (14) patients.

The Ministry of Health wishes to inform the public, that out of the 32 confirmed cases, a total number of 216 close contacts needed to be quarantined for 7 days. These contacts do not have symptoms. However, due to their exposure to the cases needs to be isolated and given tamiflu for preventive treatment. A majority of these contacts are quarantined in their own respective homes.

In safeguarding the public’s safety, the Ministry of Health continues to advise the public, who have recently returned from affected countries like Australia, United States of America, Indonesia, Philippines, Canada, Malaysia, Singapore, Thailand and United Kingdom within the past 7 days to seek immediate medical attention if they develop symptoms. For those with fever, avoid crowded places such as:

  • Community gatherings

  • Shopping centers

  • Markets

  • Stalls

  • Restaurants

  • Cinemas

  • Swimming pools and the like

For further enquiries and information, the public can contact the Healthline 145 during office hours and 8220991 during none working hours.



-END-
 

Dated: 6 Rejab 1430 / 29 June 2009 
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.