Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) - SIRI 37 SEPULUH KES TERBARU INFLUENZA A (H1N1)

Bahasa Melayu

Sepuluh lagi kes terbaru Influenza A (H1N1) telah disahkan hari ini oleh Kementerian Kesihatan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 42 kes.

  • Kes ke 33 ialah seorang perempuan berumur 22 tahun yang baru kembali dari Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Kes ke 34 ialah seorang perempuan berumur 26 tahun yang baru kembali dari Singapura.
  • Kes ke 35 ialah seorang perempuan berumur 29 tahun yang baru kembali dari Filipina.
  • Kes ke 36 melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 14 tahun
  • Kes ke 37 ialah seorang perempuan berumur 22 tahun
  • Kes ke 38 ialah seorang perempuan berumur 38 tahun
  • Kes ke 39 ialah seorang kanak-kanak lelaki berumur 15 tahun
  • Kes ke 40 ialah seorang kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun
  • Kes ke 41 ialah seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun
  • Kes ke 42 ialah seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun.


Kesemua kes ini sedang dalam siasatan dan menjalani rawatan dan berada dalam keadaan baik.

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan, sehingga kini, dari 42 kes yang telah disahkan juga melibatkan seramai 233 kontak terdekat yang perlu dikurantin selama 7 hari. Dari jumlah tersebut, seramai 38 kontak telah bebas kurantin.

Kementerian Kesihatan menekankan orang ramai adalah berkepentingan dan berperanan besar dalam sama-sama menangani Influenza A (H1N1). Oleh itu diseru supaya Jabatan-Jabatan Kerajaan dan sektor-sektor swasta, pasar-pasar raya, pusat-pusat membeli-belah, panggung-panggung wayang dan yang serupanya untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kawalan jangkitan bagi kegunaan orang ramai, khususnya memastikan adanya kemudahan tempat mencuci tangan yang dilengkapi dengan sabun, serta menyediakan gel/cecair pembasmi kuman (gel/liquid sanitizers) di pintu-pintu masuk premis.

Di samping itu, demi untuk keselamatan orang ramai, Kementerian Kesihatan menasihatkan sekali lagi bagi mereka yang baru pulang dari negara-negara yang terjejas dalam masa 7 hari yang lepas dan mempunyai simptom penyakit, supaya terus berjumpa doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital. Selain itu di sarankan agar mengurangkan aktiviti sosial dan tempat-tempat yang sesak dalam masa tujuh hari yang sama seperti:

  • Tempat-tempat keramaian
  • Pusat membeli-belah
  • Pasar-pasar
  • Gerai-gerai
  • Restoran
  • Panggung wayang
  • Kolam renang dan lainnya.

Untuk sebarang pertanyaan dan makluman, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja dan 8220991 pada waktu luar kerja.
 

-TAMAT-

Tarikh : 7 Rejab 1430 / 30 Jun 2009 



 


English

Situational update Influenza A (H1N1) – No. 37 10 new cases of Influenza A (H1N1)

The Ministry of Health has confirmed 10 new cases of Influenza A (H1N1), bringing the total in the country to 42 cases.

  • The 33rd case is a 22-year-old female who just returned from Kuala Lumpur, Malaysia.
  • The 34th case is a 25-year-old female who just returned from Singapore.
  • The 35th case is a 29-year-old female who just returned from the Philippines.
  • The 36th case is a 14-year-old male
  • The 37th case is a 22-year-old female
  • The 38th case is a 38-year-old female
  • The 39th case is a 15-year-old male
  • The 40th case is a 9-year-old male
  • The 41st case is a male
  • The 42nd case is a 10-year-old female

All these cases, are still being investigated and undergoing treatment, and are in good condition.

The Ministry of Health wishes to inform the public, that at present, out of the 42 confirmed cases, a total number of 233 close contacts, needed to be quarantined for 7 days. Out of the 233 close contacts, 38 are no longer in quarantine. These contacts do not have symptoms. However, due to their exposure to the cases, needs to be isolated and given tamiflu for preventive treatment. A majority of these contacts are quarantined in their own respective homes.

The Ministry of Health emphasizes the importance of the public’s social responsibility in preventing Influenza A (H1N1), therefore it is urged that the Government Departments, supermarkets, shopping centers, cinemas and the like to provide, disease prevention facilities for public use, especially hand washing facilities equipped with soap dispensers, along with gel/liquid sanitizers at all entry points.

In safeguarding the public’s safety, the Ministry of Health, continues to advise the public, who have recently returned from affected countries, within the past 7 days and having symptoms, to seek immediate medical attention. It is also advisable to reduce social activities and crowded places such as:

  • Community gatherings
  • Shopping centers
  • Markets
  • Stalls
  • Restaurants
  • Cinemas
  • Swimming pools

For further enquiries and information, the public can contact the Healthline 145 during office hours and 8220991 during none working hours.

-END-
 

Dated: 7 Rejab 1430 / 30 June 2009  
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.