Search this site

 

PENARIKAN BALIK KE ATAS PRODUK SUP BERJENAMA CAMPBELL’S DAN PRODUK AIS KRIM BERJENAMA BULLA KELUARAN NEGARA AUSTRALIA
 

Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan kepada orang ramai, pengimpot dan peniaga makanan bahawa:

  1. Campbell’s Soup Australia telah membuat penarikan balik secara sukarela ke arah produk sup berjenama Campbell’s yang berkemungkinan mengandungi beberapa getah hitam. Produk yang terbabit ialah Campbell’s Country Ladie Potato dan Leek, 505g yang mempunyai kod batch 3T9PAL.


    Produk terbabit telah diekspot ke Negara Singapore.

     

  2. Regal Cream Products Pty Ltd juga telah membuat penarikan balik secara sukarela ke atas produk ais krim, Bulla Creamy Classics – “Cookies & Cream” berjenama Bulla, 2 litres bekas plastik container dan mempunyai tarikh Mansuh pada 6 Oktober 2010. Produk terbabit berkemungkinan mengandungi beberapa keping plastik kecil.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan sedang membuat pemeriksaan di pasar-pasar raya untuk mempastikan produk-produk tersebut tidak ada dipasaran dan tidak diimpot ke negara ini.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya:

  • Para pengimpot dan peniaga menarik balik produk-produk terbabit (jika ada) dari pasaran dan menyerahkannya ke Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah untuk dimusnahkan; dan
     

  • Para pengguna yang memiliki produk-produk terbabit untuk mengembalikan (jika ada) ke kedai-kedai dimana produk tersebut dibeli atau menyerahkannya ke Bahagian Kewalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan atau Pejabat-Pejabat Kesihatan di daerah-daerah.

Kementerian ini juga memaklumkan sepertimana yang diperuntukkan dibawah Bab 9 ceraian (1) sub-perenggan (i) Akta (Kesihatan Awam) (Makanan), (Penggal 182) sesiapa yang menyediakan, menjual atau mengimpot makanan yang tidak sesuai dimakan manusia atau beraduk boleh dipenjara selama 5 tahun atau suatu denda atau kedua-duanya sekali.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi:

Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan
Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan
Kementerian Kesihatan
Jalan Delima Dua, Berakas BB2313

Nombor Telefon: 2 331105/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10
Nombor faksmili: 2 331107
Alamat e-mel: fsqc@moh.gov.bn

Ataupun bolehlah melayari laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.bn

 

-END-

Tarikh: 7 Rejab 1430H / 30 Jun 2009

 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.