-
Peningkatan jumlah kes-kes baru Influenza
A(H1N1) dalam dua hari kebelakangan ini:
-
Pada 30hb Jun 2009, terdapat 10
kes-kes baru (dari 32 kes pada 29
Jun 2009 menjadi 42 kes pada 30hb Jun
2009)
-
Pada hari ini, 1hb Julai 2009, terdapat
24 kes-kes baru (dari 42 kes pada
30hb Jun 2009 menjadi 66 kes pada 1hb
Julai 2009)
-
Kajian epidemiology menunjukkan kes-kes
Influenza A(H1N1) setakat ini (jam 3.00
petang) adalah seperti berikut;
-
Warganegara kes sehingga 1hb Julai jam
3.00 petang ialah terdiri daripada 49
warga Negara Brunei Darussalam dan 11
warga negara asing.
-
Pembahagian Daerah sehingga sehingga 1hb
Julai jam 3.00 petang ialah;
-
Brunei Muara : 41
-
Belait : 16
-
Temburong : 4
-
Tutong : 4
-
Transit : 1
-
Sejarah jangkitan sehingga 1hb Julai
2009 ialah;
-
Kementerian Kesihatan juga memaklumkan
kemungkinan berlakunya (community
transmission) dengan seorang kanak-kanak
perempuan berumur 15 tahun yang tidak
mempunyai sebarang sejarah perjalanan keluar
negara ataupun kontek dengan lain kes.
-
Kementerian Kesihatan pada masa ini meneliti
untuk memperbaharui “management protocol”
yang ada seperti berikut;
-
Memperkukuhkan rawatan di rumah bagi
kes-kes tertentu iaitu:-
-
Mild cases
-
Suitability of home treatment to
ensure that there are no close
contact who have chronic diseases or
pregnant women.
-
Kemungkinan menjadikan Hospital Pengiran
Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee
Billah, Tutong sebagai Pusat Pengasingan
Influenza A (H1N1) sepenuhnya. Ini
adalah merupakan langkah kawalan kerana
pesakit-pesakit Influenza A(H1N1) ini
perlu dirawat secara berasingan.
-
Sebagai langkah awal untuk memastikan
kesinambungan perkhidmatan di hospital
tersebut, langkah-langkah berikut telahpun
dibuat:
-
Perkhidmatan-perkhidmatan pesakit luar
kini dipindah ke Pejabat Kesihatan
Tutong,
-
Perkhidmatan klinik-klinik pakar seperti
Klinik Pakar Perubatan (PHY),
Dermatologi, Perbidanan dan Sakit Puan
dan Pediatrik juga akan dipindah keluar
ke Pejabat Kesihatan Tutong dan mula
beroperasi pada hari Sabtu, 4hb Julai
2009,
-
Perkhidmatan Klinik Pakar OMF, ENT dan
Oftalmologi akan dipindah ke Banglo Blok
B dan C, Hospital Pengiran Muda Mahkota
dan mula beroperasi pada hari Sabtu, 4hb
Julai 2009
-
Kementerian Kesihatan mengambil maklum
bahawa penyakit Influenza A (H1N1) ini
adalah “mild”. Akan tetapi kita perlu
meningkatkan kewaspadaaan kerana:
-
Influenza A (H1N1) ini mudah berjangkit
dan ini mengakibatkan ramai orang akan
jatuh sakit. Ini setentunya akan
menjejaskan kehidupan seharian orang
ramai;
-
Kemungkinan terjadinya “mutation”
bagi virus Influenza A (H1N1) ini kepada
virus yang lebih merbahaya;
-
Masih belum ada vaksin bagi mencegah
jangkitan Influenza A (H1N1).
-
Memandangkan kepada peningkatan kes yang
dilaporkan, Kementerian Kesihatan
menasihatkan orang ramai agar meningkatkan
kewaspadaan dan untuk tidak mejadi “complacent”.
Bagi mereka yang baru pulang dari
negara-negara yang terjejas, dalam masa 7
hari yang lepas dan mempunyai simptom
penyakit, supaya terus berjumpa doktor di
pusat-pusat kesihatan atau hospital. Selain
itu disarankan agar mengurangkan aktiviti
sosial dan tempat-tempat yang sesak dalam
masa tujuh hari yang sama seperti:
-
Tempat-tempat keramaian
-
Pusat membeli-belah
-
Pasar-pasar
-
Gerai-gerai
-
Restoran
-
Panggung wayang
-
Kolam renang dan lainnya
-
Orang ramai diingati sekali lagi untuk
membantu mencegah jangkitan pernafasan
dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik,
seperti berikut:
-
Cuci tangan kerap kali dengan
menggunakan sabun dan air, dan
mengeringkannya menggunakan tuala pakai
buang atau alat pengering tangan.
-
Gunakan tisu tangan pakai buang yang
mengandungi alkohol atau gel pembasmi
kuman boleh digunakan jika tiada
kemudahan mencuci tangan.
-
Tutup hidung dan mulut apabila bersin
atau batuk dan buang tisu yang telah
digunakan ke dalam tong sampah.
-
Elakkan mendampingi orang yang mempunyai
simptom influenza.
-
Elakkan mengunjungi tempat-tempat yang
sesak.
-TAMAT-
Tarikh : 8 Rejab
1430 / 1 Julai 2009
|