Search this site

 

SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1) - SIRI 40 - 27 KES TERBARU INFLUENZA A (H1N1) 
 

Kementerian Kesihatan mengesahkan dua puluh tujuh (27) lagi kes terbaru Influenza A (H1N1) hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 93 kes. Kesemua kes-kes ini sedang dalam siasatan dan menjalani rawatan.

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan tentang pesakit kanak-kanak berumur 12 tahun yang menghidapi penyakit “Auto-Immune Hepatitis, End-stage Liver Failure dan Pneumonia (jangkitan kuman paru-paru)” dan telah berada di dalam tenat semenjak 26hb Jun 2009. Ujian makmal pada pagi ini telah mensahkan bahawa pesakit ini juga adalah positif bagi Influenza A (H1N1). Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa pesakit telah meningal dunia dan ini merupakan kematian pertama Influenza A (H1N1). Kementerian Kesihatan dan sedang menyiasat latar belakang jangkitan Influenza A (H1N1) pesakit ini.

Ringkasan situasi kes-kes setakat ini:

  1. Kes-kes mengikut peringkat umur:-

    • 58.4% daripada kes yang dilaporkan sejauh ini terdiri daripada golongan kanak-kanak yang berumur 20 tahun ke bawah
    • 36.4% berumur 21 tahun hingga 40 tahun
    • 5.2% melibatkan mereka yang berumur 41 tahun ke atas
       
  2. Jumlah kes-kes yang telah sembuh adalah seramai 21 orang pesakit dan telahpun dikeluarkan daripada Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.
     

  3. Kajian epidemiologi setakat ini menunjukkan sejarah jangkitan kes-kes:-

    • 56% kes mempunyai sejarah perjalanan keluar negeri (iaitu dari United Kingdom, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor, Lawas, Bintulu, Miri, Labuan, Singapura, Filipina dan Laos)
    • 25.8% kes dijangkiti melalui kontak
    • 18.2% kes masih lagi dalam penyiasatan
       

Memandangkan kepada peningkatan kes yang dilaporkan, Kementerian Kesihatan ingin menekankan kepentingan orang ramai untuk mematuhi peraturan melawat pesakit di hospital-hospital kerajaan iaitu:

  • Melawat pada masa yang ditetapkan sahaja
  • Menghadkan 2 pelawat bagi setiap pesakit
  • Tidak membawa kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah untuk melawat pesakit di hospital
     

Di masa yang sama bagi mereka yang baru balik dari luar negara atau mempunyai symptom dan tanda penyakit Influenza adalah dinasihatkan untuk tidak melawat pesakit ke hospital.

Kementerian Kesihatan juga menasihatkan sekali lagi bagi mereka yang baru pulang dari negara-negara yang terjejas, dalam masa 7 hari yang lepas dan mempunyai simptom penyakit, supaya terus berjumpa doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital. Selain itu disarankan agar mengurangkan aktiviti sosial dan tempat-tempat yang sesak dalam masa tujuh hari yang sama seperti:

  • Tempat-tempat keramaian
  • Pusat membeli-belah
  • Pasar-pasar
  • Gerai-gerai
  • Restoran
  • Panggung wayang
  • Kolam renang dan lainnya.

     

Orang ramai boleh membantu mencegah jangkitan pernafasan dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik, seperti berikut:

  • Cuci tangan kerap kali dengan menggunakan sabun dan air, dan mengeringkannya menggunakan tuala pakai buang atau alat pengering tangan.

  • Gunakan tisu tangan pakai buang yang mengandungi alkohol atau gel pembasmi kuman boleh digunakan jika tiada kemudahan mencuci tangan.

  • Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dan buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

  • Elakkan mendampingi orang yang mempunyai simptom influenza.

  • Elakkan mengunjungi tempat-tempat yang sesak.

     

Untuk sebarang pertanyaan dan makluman, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja dan 8220991 pada waktu luar kerja.

-TAMAT-

Tarikh : 9 Rejab 1430 / 2 July 2009 
 

 

[ back ]

Copyright © Ministry of Health, Brunei Darussalam. All rights reserved.